Volvo Car Memperkenalkan Versi Baharu XC40 Recharge

XC40 Recharge Pure Electric kini dibuka untuk tempahan atas talian dengan versi model tahun 2023 XC40 Recharge Pure Electric juga merupakan model kereta Volvo pertama yang disediakan melalui tempahan atas talian

Volvo Car Memperkenalkan Versi Baharu XC40 Recharge
XC40 Recharge Pure Electric juga merupakan model kereta Volvo pertama yang disediakan melalui tempahan atas talian - Pix Provided

Kuala Lumpur, 7 November 2022 – Volvo Car Malaysia telah mengumumkan versi serba baharu bagi Volvo XC40 Recharge Pure Electric dan siri XC40 yang lain dengan model tahun 2023 (MY23).

XC40 Recharge Pure Electric merupakan EV pertama yang diperkenalkan oleh Volvo Car Malaysia pada bulan Mac 2022. Sambutan untuk kereta elektrik ini amat menggalakkan sehingga mendapat lebih daripada 400 pesanan dalam masa dua bulan sejak pelancarannya.

Semua unit yang dijual telah diserahkan kepada pembeli pada bulan Jun 2022 yang lepas. XC40 Recharge Pure Electric juga merupakan model kereta Volvo pertama yang disediakan melalui tempahan atas talian.

Kereta elektrik sepenuhnya ini bukan sahaja kereta elektrik yang pertama dijual sebagai CKD (Completely Knocked Down), malah ia sangat bergaya dan berkuasa. Para pelanggan boleh menikmati keselesaan pemecutan yang lancar tanpa sebarang pelepasan ekzos untuk pemanduan ke arah masa depan yang mampan dan lebih selamat.

XC40 Recharge Pure Electric model baharu tahun 2023 dijual pada harga RM278,888** dan ia didatangi dengan ciri-ciri baharu seperti berikut:

  • Warna baharu ‘FJORD BLUE’;
  • Remote Air Purifier PM2.5 pra-pembersihan;
  • Reka bentuk bahagian depan dan rim yang dikemas kini
  • Tekstil dalaman Charcoal Connect Suede;
  • Updated Foot Movement Detection Module (FMDM);
  • Tuil gear baharu dengan penukar gear charcoal tanpa kulit.
IPO: Steady listings In SEA But Funds Halved In 2022
Compared to 2021, Southeast Asia in 2022 sees a 52% fall in IPO funds raised, even though IPO count and IPO market capitalisation are expected to hold steady while Thailand and Indonesia are top of the table for listings in Southeast Asia for 2022

“Sambutan yang dicapai oleh XC40 Recharge Pure Electric telah menunjukkan bahawa Volvo sedang menuju ke arah yang positif, seiring dengan cita-cita elektrifikasi kami,” kata Charles Frump, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia. “Sejak memperkenalkan agenda elektrik kami, kami sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan pengalaman pemanduan pelanggan. Dengan kemas kini yang terbaru bagi XC40 Recharge Pure Electric model tahun 2023, kami percaya para pelanggan Volvo akan menikmati peningkatan pengalaman pemanduan yang baru dan seterusnya memberi mereka kebebasan untuk bergerak secara selamat, mampan dan peribadi.”

Kemas kini untuk model tahun 2023 juga disediakan untuk XC40 Recharge T5 Ultimate (Plug-in Hybrid) dan XC40 B5 Ultimate (Mild Hybrid). Kedua-dua kenderaan ini ditawarkan pada harga RM268,888**. Kedua-duanya juga akan turut mendapat pengubahsuaian reka bentuk termasuk perubahan Dynamic Chassis.

Selain daripada it, XC40 Recharge Pure Electric baru-baru ini telah memenangi anugerah ‘Best Small Electric SUV’ oleh CarSifu Editors’ Choice Awards 2022 dan ia turut diiktiraf sebagai kenderaan elektrik pemasangan tempatan yang pertama dengan anugerah ‘Special Recognition Award’. Kenderaan ini juga dieksport ke negara-negara jiran di ASEAN.

Para pelanggan kini boleh membuat pembelian model-model XC40 melalui atas talian di laman web rasmi Volvo Car Malaysia di sini.

Model-model MY23 XC40 didatangkan dalam enam pilihan warna – Black Stone, Crystal White, Sage Green, Silver Dawn, Thunder Grey dan warna yang terbaharu Fjord Blue.

Para pembeli yang berminat boleh menempah pandu uji melalui situs web atau hubungi mana-mana pengedar sah Volvo.