Usahawan PKMS Boleh Sasarkan Francais Dengan Bizfrancais Terengganu

Usahawan PKMS Boleh Sasarkan Francais Dengan Bizfrancais Terengganu
Photo by Abdul Muiz Halani / Unsplash

KUALA TERENGGANU, 17 Okt -- Pernas  dengan mandat dan  bertanggungjawab untuk menerajui pembangunan industri francais negara meneruskan inisiatif bagi memperkasa usahawan-usahawan di Wilayah Pantai Timur melalui penganjuran Program BizFrancais Terengganu 2022 dengan sasaran potensi pembiayaan sebanyak RM129 ribu.

Program yang berlangsung di Yayasan Pembangunan Usahawan, Terengganu merupakan lokasi ketiga bagi siri jelajah Program BizFrancais pada tahun 2022 dengan berskala kecil daripada program sebelum ini.

BizFrancais sebelum ini telah diadakan di Pulau Pinang dan Melaka serta akan diteruskan lagi di Perak dan Sarawak yang akan diadakan pada bulan November dan Disember 2022. Sejak diperkenalkan pada tahun 2019, Pernas telah menganjurkan 13 siri program BizFrancais termasuk di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Kelantan, Langkawi, Johor, Sabah dan Sarawak.

Secondary Employment: What Drives Workers Besides Salary?
In Malaysia, about 60% of employees say they have little control over their work assignments. The management style of managers may result in a lack of employee control over their work assignments.

Menurut YBrs. Encik Mazlan Ibrahim, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Pernas, menerusi perlaksanaan dua (2) program di Pulau Pinang dan Melaka, Pernas telah menerima potensi permohonan pembiayaan sebanyak RM18.7 juta.

Menurut beliau, program ini merupakan usaha untuk mempromosi perniagaan francais secara menyeluruh dengan kerjasama di antara Pernas bersama Kerajaan Negeri, Persatuan-persatuan usahawan termasuk NGO, agensi-agensi Kerajaan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) di setiap negeri yang disasarkan.

“Saya berharap, para peserta beroleh manfaat daripada penganjuran BizFrancais ini di mana Pernas yakin penganjuran program ini yang mencakupi setiap aspek perniagaan daripada segi pembiayaan hinggalah kepada prosedur pendaftaran perniagaan mampu menjawab semua persoalan dan keraguan para peserta mengenai perniagaan francais”, tambah beliau.

Inisiatif Pernas ini juga bermatlamat untuk menjana pertumbuhan ekonomi dengan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan keusahawanan terutamanya di dalam bidang francais, khususnya di Negeri Terengganu menerusi program BizFrancais Terengganu 2022.

Dalam program yang sama, Pernas telah menjemput 11 pempamer yang terdiri daripada enam (6) francaisor Marrybrown, Gpharmax, Dapur Mama, Akie Burger, Smart Reader dan NorraRich, dua (2) para-francaisor Kunyek 2 dan 1901, tiga (3) usahawan Business In Transformation (BIT) Mekeria, Rollie Café dan Suri yang mempamerkan model perniagaan mereka serta mempromosikan model perniagaan kepada para peserta menerusi sesi “business pitching”.

BizFrancais Terengganu 2022 telah berjaya menarik minat lebih daripada 100 peserta dan program selama satu (1) hari ini meliputi taklimat daripada Pernas, forum kisah kejayaan bersama usahawan, “business pitching” dan “business clinic”.

Turut hadir ke majlis perasmian YBrs. Encik Mohd Rashdan Bin Muda, Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu dan YBrs. Puan Najdiah Binti Ismail, Timbalan Setiausaha Bahagian Seksyen Pembangunan Francais, Bahagian Pembangunan Francais dan Vendor, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP). (Bernama)