Tune Protect Melancarkan Critical Safe+ Mampu Milik, Flexibel

Mampu milik dan fleksibel dari Tune Protect pilihan disusun berdasarkan perlindungan dan bajet yang diperlukan; mengesahkan pendekatan untuk mengutamakan pelanggan

Tune Protect Melancarkan Critical Safe+ Mampu Milik, Flexibel

Menyediakan kemudahan melalui pengalaman digital sepenuhnya bagi pelanggan; memperbaharui idea insurans kesihatan untuk golongan Milennial dan Zillennial


KUALA LUMPUR, 25 Ogos 2022 – Tune Protect Malaysia, anak syarikat Insurans Am Malaysia bagi Tune Protect Group telah melancarkan Insurans Penyakit Kritikal pertamanya, Critical Safe+, insurans Kesihatan dalam talian yang melindungi pelanggan daripada Penyakit Kritikal Tahap Lanjutan dengan harga mampu milik, pilihan fleksibel, dan pelbagai manfaat untuk mewujudkan kesedaran dan menarik golongan Milennial dan Zillennial.

Ia direka untuk membantu pelanggan menangani masalah kewangan selepas diagnosis penyakit kritikal sambil memberi tumpuan kepada pemulihan dengan ketenangan fikiran.

Critical Safe+ mengesahkan semula pendekatan Syarikat bagi mengetengahkan pelanggan dengan menyediakan pilihan kepada mereka untuk menyusun dan menyesuaikan perlindungan.

Kesihatan berdasarkan keperluan gaya hidup dan bajet, selaras dengan aspirasi Kumpulan untuk menjadi syarikat  sebagai Insurans gaya hidup yang digemari semua.

The Ultimate Device for a Healthy Life: The Galaxy Watch5 and Galaxy Watch5 Pro
The core of the Galaxy Watch5 series, Samsung’s advanced BioActive Sensor is the foundational technology driving the next era of digital health sensing

Tune Protect menyediakan komitmen 3:3:3 di mana pelanggan boleh membeli dalam masa 3 minit, menerima jawapan dalam masa 3 jam dan mendapatkan bayaran tuntutan mereka dalam masa 3 hari1 bekerja. Bersempena dengan pelancaran Critical Safe+, Tune Protect memberikan komitmen untuk membayar tambahan 1% daripada jumlah yang diinsuranskan jika pelanggan tidak menerima tuntutan  dalam masa 3 hari bekerja dari tarikh kelulusan.

Milennial dan Zillennial

Perjalanan digital sepenuhnya untuk pelanggan mengulangi lagi aspirasi penanggung insurans gaya hidup ini selaras dengan hasrat Syarikat untuk menarik minat golongan Milennial dan Zillennial yang celik IT.

Menurut Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019, data menunjukkan bahawa hanya 22% daripada rakyat mempunyai insurans kesihatan peribadi (PHI), 36% pula menyatakan mereka tidak diinsuranskan dan berpendapat bahawa PHI tidak diperlukan, dan 43% daripada mereka pula tidak mampu untuk membeli PHI.

Jubin Mehta, Ketua Pegawai Eksekutif Tune Protect Malaysia bersetuju dengan sentimen ini. Kata beliau, “Keadaan ekonomi semasa Malaysia menyebabkan kelesuan kewangan bagi golongan bekerja. Peningkatan kos sara hidup dan perubatan tidak dicerminkan dalam taraf hidup, di mana individu terdedah kepada masalah kesihatan dan penyakit.

“Peningkatan kos kemudahan penjagaan kesihatan dan gaya hidup bekerja yang mengutamakan hasil menunjukkan kekurangan penekanan terhadap kesihatan. Dengan Critical Safe+, pelanggan boleh menyesuaikan pelan insurans berdasarkan bajet mereka dan mendapatkan perlindungan kewangan yang diperlukan terhadap penyakit kritikal ini.

“Memanfaatkan dunia digital, kami berharap dapat mempercepatkan pemerolehan insurans pelanggan dan menarik minat golongan Milennial dan Zillennial,”

Tentang Critical Safe+

Critical Safe+ menyediakan tiga pilihan berbeza; Top 2, Top 5, dan kesemua 39 penyakit kritikal dengan jumlah perlindungan insurans dari serendah RM30,000 sehingga RM200,000.

Pelanggan boleh memilih mana-mana daripada tiga pilihan ini berdasarkan keperluan perlindungan dan bajet mereka. Ketiga-tiga pilihan merangkumi Tahap Lanjutan penyakit kritikal dengan bayaran 100% selepas diagnosis.

Bagi pelanggan yang ingin meningkatkan tahap perlindungan mereka, mereka boleh memilih Top 5 atau kesemua 39 pilihan penyakit kritikal yang memberikan mereka fleksibiliti untuk menambah Early Stage Cover (Perlindungan Peringkat Awal) dan Diabetic Care Disease (Penyakit Penjagaan Diabetik) dengan premium tambahan ke atas pelan utama mereka.

Early Stage Cover membayar 50% daripada jumlah yang diinsuranskan semasa diagnosis, manakala Diabetic Care Disease menawarkan  jumlah diinsuranskan tambahan sehingga RM50,000.

“Penyediaan pilihan memberikan pelanggan kami fleksibiliti untuk menentukan tahap perlindungan, jumlah yang diinsuranskan dan pilihan tambahan. Fleksibiliti ini menunjukkan  bahawa kami percaya yang Customer Knows Best (Pelanggan Lebih Mengetahui) dan mereka bebas untuk membuat keputusan dengan tepat yang mungkin tidak perlu begitu mahal atau meluas,'' tambah Jubin.