SME Corp Dan MIDF Bantu PKS Terjejas Banjir

Dana ini menyediakan pembiayaan pinjaman modal kerja tanpa faedah serta moratorium selama setahun kepada semua PKS.

SME Corp Dan MIDF Bantu PKS Terjejas Banjir
Photo: Flickr

KUALA LUMPUR, 30 Julai -- SME Corp Malaysia, sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), yang bekerjasama dengan MIDF sebagai agensi pelaksana, telah mengagihkan pinjaman di bawah Dana Kecemasan PKS 2.0 (SMEEF 2.0) bagi membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terkesan akibat bencana alam di seluruh negara.

Dana ini menyediakan pembiayaan pinjaman modal kerja tanpa faedah serta moratorium selama setahun kepada semua PKS.

Di dalam Majlis Penyerahan Dana Kecemasan PKS (SMEEF) 2.0 yang telah diadakan pada 13 Julai 2022, di Uptown Shah Alam, YB Tan Sri Noh Omar, Menteri KUSKOP memaklumkan bahawa pelbagai bantuan disediakan oleh KUSKOP serta Agensi kepada usahawan yang ditimpa musibah.

Beliau mengulas bahawa Program SMEEF di bawah SME Corp. Malaysia dan MIDF sebagai Agensi pelaksana adalah khusus bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana, manakala Skim Pembiayaan Informal dan Mikro (SPIM) oleh TEKUN Nasional adalah bagi membantu usahawan informal dan mikro.

Beliau menambah bahawa bagi SPIM usahawan informal dan mikro boleh memohon geran bernilai RM3,000.00 bagi setiap usahawan yang tidak perlu dibayar balik.

Membantu PKS bangkit

Retailers Face An Uncertain Future With Smoking Ban
The ban will also drive those born after 2007 to the illegal market, thus making the control even more difficult to manage in the long term.

Selain itu, di dalam Majlis yang sama, Rizal bin Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia, menyatakan bahawa sehingga 12 Julai 2022, program SMEEF 2.0 ini telah menerima sebanyak 1,131 permohonan dari seluruh negara berjumlah RM109,324,699.00 yang telahpun melebihi peruntukan dana sebanyak RM100 juta.

Tambah En. Rizal, dana kecemasan untuk mangsa banjir syarikat bersaiz kecil dan sederhana diberi pinjaman tanpa faedah (0%) antara RM50,000.00 sehingga RM100,000.00 berserta moratorium selama 12 bulan, dapat digunakan untuk membantu PKS bangkit semula serta memulihkan kembali perniagaan Keluarga Usahawan yang terkesan oleh bencana banjir ini secepat mungkin.

Encik Rizal memaklumkan, sehingga kini hampir RM97 juta telah diluluskan dan disalurkan kepada PKS yang terjejas banjir di seluruh negara. Daripada jumlah ini 83% adalah merupakan PKS yang terjejas di negeri Selangor, diikuti dengan Pahang sebanyak 7.6% dan Kelantan sebanyak 3.5%.

Pengarah Urusan Kumpulan MIDF, Dato' Charon Wardini Mokhzani yang turut menghadiri majlis itu berkata, “Komuniti perniagaan PKS, khususnya perniagaan kecil, telah terjejas teruk akibat pandemik COVID-19 dan malangnya ada juga yang terjejas teruk akibat banjir yang telah menyebabkan keadaan lebih sukar.

“Skim SMEEF 2.0 adalah untuk membantu perniagaan PKS yang terkesan ini dan dengan kerjasama SME Corp. Malaysia kami telah dapat memendekkan proses permohonan dan mempercepatkan pengeluaran dana.”

"Selain itu, MIDF juga menawarkan Dana Pengukuhan PKS (SMERF) untuk PKS yang telah terjejas teruk oleh perintah kawalan pergerakan COVID-19,” tambah beliau.