Shopee Raikan the Heart of Malaysia on E-Commerce

60% Pengguna Malaysia Membeli Barangan Tempatan Menjelang Hari Merdeka

Shopee Raikan the Heart of Malaysia on E-Commerce

KUALA LUMPUR, 25 Ogos 2022 – 60% pengguna Malaysia menyokong penjual tempatan secara proaktif menjelang Hari Merdeka bersama #ShopeeSapotLokal, semasa perkongsian secara langsung mengenai kajian pasaran terbesar platform tersebut tahun ini, Celebrating the Heart of Malaysia on E-Commerce*, menjelang 9.9 Hari Pembelian Hebat.

Apabila 3,356 pengguna ditanya "Mengapakah ianya penting untuk menyokong penjual tempatan?" pada bulan menjelang Hari Merdeka, 30% menyokong kualiti barangan Buatan Malaysia yang memenuhi citarasa tempatan mereka, 20% menyatakan bahawa mereka ingin mengekalkan kemajuan ekonomi negara atas semangat patriotik dan 8% merupakan penjual yang menyokong penjual tempatan lain. 42% memilih penjual tempatan untuk mendapatkan barangan dengan lebih cepat.

Dalam kalangan para responden, separuh daripada mereka (54%) bekerja sepenuh masa, 18% sedang mencari pekerjaan, 17% adalah warga emas, 6% merupakan ibu bapa yang tinggal di rumah dan 5% adalah pelajar universiti.

Sunway’s Profit Before Tax is 318% Higher
Pursuant to the adoption of MFRS 15, development profit from two of Sunway’s property development projects in Singapore will only be recognised upon completion and handover of the projects

Shopee turut mengkaji perkara-perkara yang dihargai oleh rakyat Malaysia tentang pembelian dalam talian. Lebih 70% pengguna yang ditinjau menganggarkan bahawa transaksi beli-belah dalam talian secara harian mereka secara konsisten menghasilkan penjimatan sebanyak lebih 5%.

Perbelanjaan Bulan-bulan

Ketidakstabilan ekonomi adalah sebab utama para responden menghargai setiap Ringgit yang dijimat, dengan 50% daripada pembeli mengesahkan bahawa mereka perlu mengurangkan perbelanjaan dalam persekitaran ini, 14% tidak memperoleh pendapatan yang mencukupi untuk menampung keperluan penting, 10% meramalkan perbelanjaan besar pada bulan-bulan akan datang dan 6% membeli-belah untuk tanggungan yang ramai.

“Menariknya, tidak semua pembeli hanya mengutamakan diskaun dan baucar sahaja. Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia menghargai ketenangan fikiran berbanding harga yang lebih rendah,” menurut Kenneth Soh, Ketua Kempen Pemasaran di Shopee Malaysia.

Sembilan daripada 10 rakyat Malaysia masih membeli dalam talian walaupun kedai fizikal dibuka semula kerana ia telah menjadi tabiat yang dipelajari dan merupakan sesuatu kebiasaan. Majoriti daripada responden menghargai 'ketenangan fikiran', dengan 40% menikmati kemudahan di mana pesanan dihantar ke depan pintu rumah mereka, 17% berasa selamat dengan Jaminan Shopee, dan 10% mempercayai ulasan dan gambar daripada pembeli lain.

Bagi 49% daripada pembeli, Shopee ialah destinasi membeli-belah pilihan untuk produk gaya hidup, termasuk barangan hiasan rumah, barangan fesyen serta produk kesihatan dan kecantikan.

Selain itu, 24% daripada pembeli membeli barangan keperluan hidup (barangan runcit dan lampin) daripada Shopee, 16% mencari peranti teknologi (komputer, peranti mudah alih dan TV) dan 11% yang lain membeli alat ganti kereta atau peralatan kerja dan sekolah.

Shopee

“Apabila para pengguna Malaysia mengekspresikan nilai mereka melalui pilihan membeli-belah dalam talian menerusi cara ini, kami benar-benar memahami mengapa lapan daripada 10 penjual tempatan memulakan perjalanan jualan mereka dalam talian bersama Shopee. Kami berasa rendah hati apabila mendapati separuh daripada penjual tempatan kami yang ditinjau berkata pendapatan yang diperoleh di platform kami adalah penting kerana ia membolehkan mereka menyara keluarga mereka,” kata Soh,

Majoriti daripada penjual tempatan mula menjual dalam talian bersama Shopee untuk mengatasi batasan sedia ada dari segi pendapatan dan penglibatan mereka dalam ekonomi: 24% kerana ia adalah satu-satunya sumber pendapatan mereka, 5% tidak mampu mendapat pekerjaan, 18% perlu menambah pendapatan dan 24% merasakan tekanan kos sara hidup yang lebih tinggi. 30% berkata mereka menjadi penjual di Shopee ekoran minat dan semangat dalam perniagaan mereka.