RTBA Malaysia Serah Memorandum Menolak Generation Endgame kepada MP

Dasar GEG melanggar Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kesaksamaan dan perlindungan sama rata di bawah undang-undang yang bermaksud bahawa undang-undang mesti beroperasi sama ke atas semua orang dalam keadaan yang sama

RTBA Malaysia Serah Memorandum Menolak Generation Endgame kepada MP

Memorandum disertai petisyen yang ditandatangani oleh lebih 760,000 rakyat Malaysia


KUALA LUMPUR, 5 Oktober 2022 – Retail and Trade Brand Advocacy Malaysia Chapter (RTBA Malaysia), pertubuhan bukan kerajaan yang melindungi perniagaan daripada kelakuan jenayah telah menyerahkan memorandum menolak dasar Generation Endgame (GEG) kepada Ahli Parlimen (MP), YB Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati, bersama beberapa ahli parlimen lain, semalam.

Ahli parlimen Masjid Tanah itu juga merupakan ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSSC), yang bertanggungjawab menyemak Rang Undang-undang Kawalan Tembakau dan Produk Merokok 2022. Dasar GEG, yang merupakan sebahagian daripada Rang Undang-undang, bertujuan untuk mengharamkan penggunaan dan penjualan rokok dan produk vape kepada mereka yang dilahirkan selepas 2007.

Berikutan penyerahan tersebut, Dato’ Fazli Nordin, Pengarah Urusan RTBA Malaysia berkata, “Sebagai persatuan yang melindungi jenama, kami percaya kami mempunyai peranan penting dalam berkongsi kebimbangan peniaga Malaysia mengenai isu-isu yang berkaitan dalam industri. Dasar GEG bukan sahaja melibatkan perniagaan, tetapi juga pelbagai lapisan masyarakat Malaysia termasuk peguam, pengguna, dan juga profesional perubatan.”

Is there a life for luxury fashion?
Ever wondered why in the past two years luxury brands are working together collaborating like there’s no tomorrow?

“Objektif kami, dalam menyerahkan memorandum itu, adalah untuk memastikan Ahli Parlimen yang akan hadir pada persidangan Parlimen mengetahui pandangan warganegara Malaysia mengenai RUU dan dasar GEG. Sebahagian daripada serahan kami adalah petisyen oleh Malaysia Bersuara yang telah mendapat lebih 760,000 tandatangan. Ini adalah angka yang sangat besar, dan menunjukkan bahawa dasar GEG tidak dilihat sebagai penyelesaian pragmatik untuk mengurangkan kelaziman merokok."

Memorandum itu mengetengahkan beberapa isu, termasuk:


Kesan kepada perniagaan & ekonomi

Dasar GEG akan memberi kesan ekonomi kepada seluruh industri, menjejaskan hasil peruncit dan usahawan sah. Industri vape, yang kebanyakannya terdiri daripada PKS Bumiputera, juga akan terjejas, kerana industri mereka akan menyusut dengan ketara sepanjang tahun jika GEG dilaksanakan.

Kesan terhadap kebebasan & diskriminasi warganegara Malaysia

Dasar GEG melanggar Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kesaksamaan dan perlindungan sama rata di bawah undang-undang yang bermaksud bahawa undang-undang mesti beroperasi sama ke atas semua orang dalam keadaan yang sama. Oleh itu, menetapkan had umur larangan kekal merokok adalah diskriminasi dan bertentangan dengan intipati Perkara 8.

Seterusnya, dasar GEG mewujudkan layanan berbeza terhadap satu kumpulan individu (lahir selepas 2007), yang akan dilarang seumur hidup daripada merokok atau vape, walaupun mencapai umur 21 tahun yang sah.

Peningkatan tembakau haram

Dasar GEG akan memacu pasaran gelap tembakau yang sudah sedia kritikal, yang kini menguasai lebih kurang 60% daripada jumlah pasaran di Malaysia. Melalui langkah larangan yang bakal diambil ini, negara berkemungkinan akan menyaksikan ledakan dalam pasaran gelap kerana rokok haram akan mendapat permintaan yang lebih tinggi dan akan menjadi lebih mudah diakses oleh generasi yang terjejas oleh GEG.

Seterusnya, pengharaman vape akan mendorong peruncit untuk bertindak bawah meja, di mana mereka akan dapat menjual produk vape tanpa mematuhi sebarang peraturan.

Membezakan rokok dan vape

Dasar GEG semasa meletakkan rokok dan vape dalam kategori yang sama. Sains bagaimanapun, telah jelas menunjukkan bahawa rokok dan vape adalah produk yang berbeza sama sekali dengan tahap risiko yang berbeza. Dengan menyamakan kedua-dua produk, KKM menetapkan keutamaan yang berbahaya dan mungkin menghalang perokok daripada beralih kepada vape yang kurang memudaratkan.

Mengambil kira dasar kawalan tembakau, seperti GEG, pengurangan kemudaratan boleh menjadi senjata utama dalam pertempuran menentang penyakit tidak berjangkit. Di peringkat global, terdapat data menarik yang menunjukkan bahawa pengguna lebih suka membuat pilihan yang lebih selamat apabila diberikan alternatif yang kurang memudaratkan dan maklumat yang betul dari pakar yang bertauliah.

“GEG akan memberi kesan kepada semua rakyat negara ini, tidak kira sama ada mereka merokok atau tidak. Kami menggesa Ahli Parlimen untuk menyemak dengan teliti semua aspek Rang Undang-undang dan GEG sebelum meluluskan pelaksanaannya. Kami tidak mahu berada dalam situasi GEG dilaksanakan secara tergesa-gesa,  dan menanggung akibatnya dikemudian hari,” kata Dato’ Fazli.