Pusat Bateri Kenderaan Elektrik Hidrogen Dilancarkan

MOSTI yakin bahawa HEBATT akan menerajui pembangunan bateri yang dipertingkatkan teknologi nano Malaysia dan seterusnya menuju pencapaian baharu dengan impak sosio-ekonomi yang ketara

Pusat Bateri Kenderaan Elektrik Hidrogen Dilancarkan
Photo by Michael Marais / Unsplash


KUALA LUMPUR -- Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Dato’ Sri Dr Adham Baba hari ini merasmikan Pusat Bateri Kenderaan Elektrik  Hidrogen (Hydrogen Electric Vehicle Battery) atau HEBATT iaitu pusat inovasi bateri tempatan yang akan menghasilkan bateri sel kantung nanoteknologi untuk aplikasi Kenderaan Elektrik (EV).

HEBATT merupakan pencapaian penting bagi Program Inisiatif Teknologi Penyimpanan Tenaga NanoMalaysia (NESTI) yang diterajui agensi di bawah MOSTI, NanoMalaysia Berhad (NMB). HEBATT akan mengeluarkan bateri dipertingkatkan dengan teknologi nano yang mempunyai ketumpatan tenaga yang tinggi dan prestasi pengecasan pantas sambil mengurangkan risiko bahaya kepada alam sekitar.

Adham Baba berkata, “Pembangunan HEBATT ini secara tidak langsung akan mengekalkan negara pada trajektori ekonomi rendah karbon dan kecekapan sumber sambil mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pemain global dalam pasaran bateri yang bernilai berbilion dolar AS.“

Rocket Software Launches Rocket Support for Zowe
Rocket Support for Zowe delivers security, applications and support for the Zowe open-source platform for z/OS, enabling any developer to modernize and accelerate mainframe application development

Tambahnya, “MOSTI yakin bahawa HEBATT akan menerajui pembangunan bateri yang dipertingkatkan teknologi nano Malaysia dan seterusnya menuju pencapaian baharu dengan impak sosio-ekonomi yang ketara.

Ini penting untuk menjadikan Malaysia sebagai Negara Berteknologi Tinggi menjelang tahun 2030 dan pada masa yang sama meletakkan Malaysia antara negara teratas dunia bagi pembangunan ekonomi yang dipacu oleh teknologi inovatif untuk kesejahteraan rakyat."

HEBATT merupakan kerjasama antara penerima pelaburan Kumpulan NanoMalaysia, HyPERTech Industries Sdn Bhd (HTSB) dan International Battery Center (IBC) Sdn. Bhd. iaitu pusat perundingan sehenti bagi kerjasama inovatif tempatan dan antarabangsa antara industri, universiti dan agensi kerajaan.

Pusat ini akan menjadi tumpuan dalam pembinaan dan perkembangan kepakaran tempatan di dalam pembikinan bateri dan aplikasinya untuk sektor perindustrian yang berkaitan. Ia akan memberi tumpuan kepada pembangunan bateri kimia baharu dan penghasilan bateri canggih dalam pelbagai faktor, bentuk dan penyimpanan berasaskan hidrogen.