Pengedar makanan generasi ketiga giat berkembang, bantu rakyat Malaysia

Pengedar makanan generasi ketiga giat berkembang, bantu rakyat Malaysia menghadapi peningkatan kos barangan runcit

Pengedar makanan generasi ketiga giat berkembang, bantu rakyat Malaysia

Lee’s Fandbee dijenamakan semula sebagai Fandbee, melabur RM100 juta untuk berkembang ke seluruh Malaysia


KUALA LUMPUR: Pengedar makanan generasi ketiga, Fandbee hari ini mengumumkan rancangan pengembangan agresifnya untuk membantu peniaga dan pelanggan Malaysia menghadapi peningkatan kos makanan.

Jenama yang sebelum ini dikenali sebagai Lee’s Fandbee, akan melabur sebanyak RM100 juta untuk berkembang ke seluruh Malaysia dan Asia Tenggara menjelang akhir 2022. Beberapa lokasi telah dikenalpasti di Malaysia, termasuk Bukit Mertajam, Alor Setar dan Kuala Terengganu.

Menurut pengarah urusan Fandbee iaitu Gareth Tan, Fandbee yang sebelum ini sinonim dengan membekalkan bahan-bahan berkualiti restoran pada harga mampu milik kepada pengendali makanan kini mempunyai misi baharu – berusaha ke arah kesaksamaan makanan dengan menawarkan produk berkualiti tinggi pada harga yang sangat berpatutan

“Kami kini antara pengedar yang paling pesat berkembang dan paling inovatif di Asia Tenggara dengan pusat operasi kami di Malaysia, Kemboja dan Vietnam. Kami juga sedang mempertimbangkan untuk berkembang ke dua negara lain tidak lama lagi.

Sebagai sebuah organisasi perniagaan - “Untuk mewujudkan kesaksamaan makanan (menawarkan produk berkualiti tinggi pada harga paling berpatutan), kami perlu mendapatkan kelebihan kos yang lebih rendah terlebih dahulu. Ini bermakna kuantiti pesanan kami perlu cukup besar bagi merunding harga kos yang paling kompetitif dengan pengeksport di seluruh dunia,” kata Gareth.

Menurut Gareth, Fandbee akan dapat mencapai hasratnya untuk merendahkan harga kos dengan meluaskan operasinya dengan pantas di Malaysia dan merentasi Asia Tenggara serta menggabungkan teknologi canggih untuk perkembangan pelbagai saluran – perniagaan kepada pengguna, perniagaan kepada perniagaan, dalam talian dan luar talian kepada dalam talian.

Pengedar makanan

“Dengan peningkatan kos barangan runcit akibat kekurangan bekalan yang berterusan akibat cuaca ekstrem, kawalan eksport dan peperangan, apakah cara yang lebih baik untuk memulakan misi kami jika bukan dari negara kita sendiri?” katanya.

Menurut Gareth, perniagaan Fandbee telah berkembang pesat sejak penubuhannya sebagai Lee's Frozen di Kampung Attap oleh nenek sebelah ibunya Puan Lee Wing Kang pada tahun 1962. Sejak perlaksaan pelan perkembangannya pada 2002, perniagaan itu kini telah mencapai 5,000 peratus pertumbuhan dari segi jualan.

“Perniagaan kami telah bertahan selama tiga generasi di atas sokongan padu rakyat Malaysia. Oleh itu, kami akan sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat Malaysia dalam pelan perkembangan operasi kami,” katanya.

Gareth menambah bahawa semasa rakyat Malaysia menjalankan perintah kawalan perjalanan pada tahun 2020 dan perjalanan terhad kepada 10km radius, Fandbee memperluaskan operasinya ke 14 lokasi di seluruh Lembah Klang untuk mendekati pelanggannya dan mewujudkan peluang pekerjaan untuk 300 orang.

Tambahnya lagi, semasa rakyat Malaysia menjalani perintah kawalan pergerakan pada tahun 2020 dengan jarak perjalanan terhad kepada 10km radius, Fandbee berjaya memperluaskan operasinya ke 14 lokasi di seluruh Lembah Klang untuk mendekati pelanggannya dan mewujudkan peluang pekerjaan untuk 300 orang

Apabila perintah berkurung dilanjutkan, perniagaan itu mengembangkan sayap perniagaan di atas talian dengan komitmen untuk menghantar barangan runcit terus ke depan pintu pelanggannya dalam tempoh 24 jam.

Sehingga kini, Fandbee telah membuka 17 cawangan di seluruh Lembah Klang, satu di Bukit Mertajam Pulau Pinang dan dua lagi di Terengganu dan Kedah.

Pilihan

“Kami bukan sahaja menawarkan harga yang kompetitif untuk daging sejuk beku dan makanan laut seperti daging lembu, ayam dan ikan, tetapi kami kini juga telah mengembangkan rangkaian kami untuk meliputi barangan runcit yang bergerak pantas seperti minyak masak, telur, perasa, bahan bakeri dan sebagainya,” kata Gareth, dengan peluasan rangkaian itu, rakyat Malaysia mempunyai pilihan untuk bukan sahaja membeli-belah atas talian tetapi juga bagi menempah barangan atas talian dan mengambil barangan di kedai atau melawat mana-mana cawangan yang berdekatan untuk membeli terus daripada kedai.

Menurut Gareth, model perniagaan antara peniaga (B2B) masih merupakan sebahagian besar daripada operasinya. Walau bagaimanapun, beliau menjangkakan pertumbuhan minima sebanyak dua angka dalam segmen perniagaan kepada pelanggan (B2C) menjelang 2025 dengan rancangan pengembangan rangkaian kedai secara di dalam dan di luar talian dengan pesat.

Tambahnya, Fanbee berhasrat untuk menubuhkan pusat pengedaran nasional bagi mewujudkan cawangannya di setiap negeri di Malaysia. Model perniagaan yang sama juga akan digunakan untuk operasi di luar negara, menjadikan Fandbee satu-satunya jenama rangkaian runcit milik rakyat Malaysia yang pertama di luar Malaysia.