PCG Dan Afes Menguatkan Komitmen Ke Arah Ekonomi Sirkular

Berdasarkan MoU itu, AFES akan membekalkan sisa plastik yang terdiri daripada polietilena (PE) dan polipropilena (PP) untuk PCG menghasilkan produk sirkular yang akan digunakan dalam pembungkusan makanan, penjagaan kesihatan dan aplikasi industri

PCG Dan Afes Menguatkan Komitmen Ke Arah Ekonomi Sirkular

KUALA LUMPUR,  1 Jul -- PETRONAS Chemicals Group dan Alam Flora Environmental Solutions Sdn Bhd bekerjasama untuk membekalkan sisa plastik dan sisa makanan dan serta menilai potensi perkongsian untuk membina kemudahan pengasingan sisa di Malaysia.

Kerjasama itu dimeterai dengan kedua-dua pihak menandatangani Memorandum Persefahaman yang akan memperincikan rangka kerja kerjasama antara kedua-dua belah pihak.

Berdasarkan MoU itu, AFES akan membekalkan sisa plastik yang terdiri daripada polietilena (PE) dan polipropilena (PP) untuk PCG menghasilkan produk sirkular yang akan digunakan dalam pembungkusan makanan, penjagaan kesihatan dan aplikasi industri.

AFES juga akan membekalkan sisa organik dan makanan untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan ke arah potensi pembuatan baja bernilai tinggi untuk pertanian lestari.

Ir. Mohd Yusri Mohamed Yusof, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif PCG menandatangani MoU bagi pihak Syarikat, manakala AFES diwakili oleh Dato' Mohd Zain bin Hassan, Pengarahnya.

Petronas Retains World’s Strongest Oil & Gas Brand Slot
According to Brand Finance, PETRONAS is well placed to further strengthen its brand as the company aims to provide a diversified range of energy options

Mengulas mengenai perkongsian itu, Ir. Mohd Yusri berkata, "Kami gembira dengan kerjasama kami dengan AFES. Peralihan ke arah ekonomi sirkular memerlukan tindakan daripada pelbagai pihak berkepentingan, mereka yang terlibat dalam pengeluaran dan penghasilan hingga ke pengguna akhir produk serta mereka yang berada dalam industri pengurusan sisa.

"Penyertaan yang positif daripada organisasi-organisasi ini untuk bekerjasama dalam meneroka nilai ekosistem sisa pepejal di Malaysia, adalah bukti kepada perubahan ekonomi dan sosial dalam industri tersebut dalam memahami nilai komersial yang tersembunyi dalam sisa bahan buangan.

"Dengan MoU ini, kami terus mempercepatkan inisiatif kami ke arah ekonomi sirkular dalam memastikan penggunaan dan pengeluaran plastik yang mampan."

Komitmen PCG terhadap

Pemeteraian ini berikutan dua MoU yang telah ditandatangani oleh PCG bersama KDEB Waste Management dan One Biosys Sdn Bhd untuk kerjasama yang sama pada awal tahun ini, sekali gus mengukuhkan lagi komitmen PCG terhadap ekonomi sirkular.

Pengarah AFES, Dato' Mohd Zain bin Hassan berkata, "Mencipta persekitaran yang mampan adalah asas perniagaan kami dan matlamat kami sejajar dengan PCG dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

"Dengan menggabungkan kepakaran kami dalam penyelesaian dan sumber alam sekitar yang holistik bersama-sama dengan PCG, kami optimistik bahawa kerjasama ini akan menyumbang ke arah masa depan negara yang mampan dan, menjadi tonggak penting bagi pertumbuhan ekonomi sirkular yang sihat di Malaysia.

"Selama ini, perniagaan AFES terus berkembang dan terus responsif ke arah mewujudkan dunia yang mampan untuk masyarakat menjalani kehidupan dan generasi akan datang. Tumpuan kami sentiasa pada prinsip 3P iaitu People, Planet dan Profit kerana kami percaya bahawa jika anda menjaga orang (kakitangan dan pelanggan kami) dan planet ini, keuntungan akan ada untuk anda."

"Kerjasama antara industri yang berbeza adalah amat penting dalam perjalanan menuju ke arah masa depan yang lestari dengan penggunaan plastik," akhiri Ir. Mohd Yusri.

Maklumat lanjut mengenai PCG boleh didapati di www.petronaschemicals.com.my