Pavilion Damansara Heights Mall Bakal Dilancarkan Pada Mei 2023

Barisan penyewa ini terdiri daripada restoran-restoran tersohor, jenama fesyen mewah, dan juga jenama terkenal yang lain.

Pavilion Damansara Heights Mall Bakal Dilancarkan Pada Mei 2023
Pusat membeli-belah Pavilion Damansara Heights Mall 

Lebih 70% ruang niaga telah diberi komitmen oleh bakal penyewa


KUALA LUMPUR (November, 2022): ‘Permata’ terbaru di dalam arena pembangunan integrasi Malaysia, Pavilion Damansara Heights Mall, akan sedia menyambut pengunjung pada Mei 2023 dengan lebih 70% ruang niaga pusat membeli-belah yang telah diberi komitmen oleh bakal penyewa.

Barisan penyewa ini terdiri daripada restoran-restoran tersohor, jenama fesyen mewah, dan juga jenama terkenal yang lain.

Kombinasi jenama yang telah dirancang secara teliti ini terdiri daripada jenama yang dikenali ramai dan juga jenama-jenama kecil baru yang bakal menjadi faktor kepada kemunculan Pavilion Damansara Heights Mall sebagai salah satu pusat membeli-belah terbaik bukan sahaja di dalam negara, malah seluruh rantau ini.

Terletak di kejiranan Bukit Damansara, Pavilion Damansara Heights Mall mempunyai luas lebih sejuta kaki persegi akan menawarkan pelbagai pengalaman mengasyikkan. Pusat membeli-belah 6 tingkat ini bakal menjadi destinasi mesra pelanggan yang terkenal untuk pelbagai perkara seperti restoran, membeli-belah, hiburan dan riadah.

Get Ahead of Your Festive Shopping with TikTok Shop This Year End
Driving the ‘shoppertainment’ trend, TikTok Shop aims to grow local businesses and also become the platform for users to discover trending products

Pavilion Damansara - 380 kedai

Pusat membeli-belah Pavilion Damansara Heights Mall 

“Pembukaan semula sempadan dan kedatangan semula pelancong asing ke Malaysia adalah berita baik buat Pavilion Damansara Heights mall dan penyewa- penyewa kami yang dalam persiapan untuk pelancaran kami pada Mei 2023,” kata Dato’ Joyce Yap, Ketua Pengarah Eksekutif (Peruncitan) Kuala Lumpur Pavilion Sdn Bhd, di acara hari ini.

Turut hadir ialah Puan Sri Cindy Lim, Naib Pengerusi Pavilion Group, dan Datuk Lee Whay Hoong, Pengarah Impian Ekspresi Sdn. Bhd. dan Jendela Mayang Sdn. Bhd.

“Terdiri daripada 380 kedai dan ini akan membantu kami memenuhi pelbagai keperluan, dari segi keperluan asas sehingga ke keinginan mewah,” kata beliau.

Jumlah penyewa dianggarkan akan meningkat dari sekarang hinggalah ke pelancaran pusat membeli-belah pada Mei 2023 apabila pihak pengurusan yakin bahawa lokasi dan konsep pembangunan Pavilion Damansara Heights Mall akan menarik lebih ramai pelabur dan jenama untuk datang selepas Malaysia mula pulih selepas pandemik.

Ini adalah bayangan komitmen Pavilion Damansara Heights Mall sebagai destinasi berasaskan data maklumat untuk membuat keputusan yang lebih baik bagi penyewa dan pihak berkepentingan untuk mempertahankan daya kompetitif, meningkatkan nilai hartanah dan memberi kemudahan untuk kejiranan sekeliling sambil membuka 4,000 peluang pekerjaan dan pelbagai lagi kesan berganda ekonomi yang lain.

“Kami akan meneruskan usaha untuk menambah baik pendekatan kami sambil mengambil kira aliran pasaran supaya pusat membeli-belah ini akan sentiasa menjadi lokasi yang wajib dikunjungi untuk pelancong luar dan dalam negeri apabila ia dibuka,” kata Yap.