myTukar, Genie Malaysia Mencapai Gabungan Pertumbuhan Pendapatan Sebanyak 85%

myTukar dan Genie Malaysia menyokong pertumbuhan ekonomi dan pekerjaan Malaysia dengan 1,300 peluang pekerjaan semasa pandemik

myTukar, Genie Malaysia Mencapai Gabungan Pertumbuhan Pendapatan Sebanyak 85%
Pengembangan myTukar yang konsisten di seluruh negara adalah sebahagian daripada matlamat syarikat untuk menyediakan pengalaman digital - Photo by George Bakos / Unsplash

Kuala Lumpur, 17 November 2022 – Ekosistem digital kereta terpakai Malaysia yang paling pesat membangun, myTukar dan Genie Malaysia, telah mencatatkan pertumbuhan mampan yang sangat kukuh.

Meraikan ulang tahun kelimanya pada tahun ini, myTukar memula langkah yang sederhana dari sebuah pejabat kecil di Glenmarie pada 2018.

Kini, ia berjaya menjadi penjual kereta terpakai dalam talian yang terkemuka dibawah sistem operasi yang kukuh buat semua 33 cawangannya di seluruh negara, dilengkapi dengan 2 pusat membaik pulih kereta dan 5 bengkel dengan keupayaan servis selepas jualan yang terkini – sebuah pencapaian unik dalam industri kereta terpakai.

Pengembangan myTukar yang konsisten di seluruh negara adalah sebahagian daripada matlamat syarikat untuk menyediakan pengalaman digital yang boleh dipercayai, tanpa kerumitan, dan terbaik dalam membeli dan menjual, membiayai, insurans dan servis kereta terpakai.

myTukar baru sahaja memulakan jualan runcit pada tahun lalu dan kini telah menjual hampir 6,000 kereta kepada pelanggan. Bersama dengan perniagaan pukalnya, lebih 100,000 kereta bernilai lebih RM3 bilion berjaya dijual melalui 2,600 rangkaian pengedar.

Pengerusi dan pengasas myTukar, Fong Hon Sum berkata, “Sepanjang berkecimpung dalam industri jualan kereta selama 20 tahun, saya telah melalui pelbagai rintangan. Semasa memulakan perniagaan ini, saya mempunyai impian yang cukup ringkas iaitu untuk mengubah dan merevolusikan industri kereta terpakai di Malaysia.

MY5G-Ericsson Educate program At No Cost
The online program on 5G and related technologies is now available at no cost for workforce and students thanks to MDEC

Maka, tercetuslah nama “myTukar”, sebuah platform yang mengutamakan ketelusan, kelancaran dan kemudahan dalam industri yang kurang nilai kepercayaan, serta memanfaatkan teknologi dalam mendigitalkan sebuah industri yang lama, tiada ketelusan dan kualiti kawal selia yang rendah. Saya sangat berbangga dengan perubahan yang dilakukan oleh myTukarians dan perubahan mendatang yang akan terus dilaksanakan setiap hari dalam mengubah industri ini.”

Selain itu, myTukar dan syarikat seangkatan Genie Financial Services Malaysia juga bermatlamat menjadi penyumbang utama ekonomi dengan mewujudkan peluang pekerjaan di Malaysia. Semasa pandemik, kedudukan kewangan myTukar dan Genie Malaysia yang kukuh bukan sahaja membolehkan pengekalan jumlah pekerja mereka, malah berkembang secara menyeluruh daripada 175 ke 1300 pekerja tempatan, memberikan jaminan pekerjaan kepada rakyat Malaysia dalam industri yang terjejas teruk.

Ketua Pegawai Eksekutif myTukar, Derrick Eng berkata, “Saya memulakan perniagaan myTukar bersama Fong dengan komitmen untuk menyediakan akses yang lancar buat semua rakyat Malaysia, dan saya bangga melihat kita berjaya melangkah jauh serta menukarkan banyak krisis kepada kekuatan. Daripada tenaga kerja seramai 175 orang sebelum COVID-19 kepada kira-kira 1,300 pekerja pada hari ini, kami telah menggaji, melatih dan meningkatkan kepakaran pekerja secara strategik sepanjang pandemik.

Kejayaan yang berjaya dikecapi ini merupakan hasil daripada usaha luar biasa, penuh semangat dan ketenangan oleh keluarga myTukar. Lebih penting lagi, kami komited dalam meletakkan asas sebuah syarikat teknologi Malaysia yang mampan, dibangunkan dan diterajui dengan penuh bangga oleh rakyat Malaysia untuk komuniti kereta terpakai tempatan yang kurang mendapat perhatian.”

Genie Malaysia juga berada di landasan yang tepat dalam menjadi penyedia teknologi kewangan untuk kereta terpakai yang paling pesat berkembang di negara ini, justeru itu mereka meraikan ulang tahun pertama operasinya pada tahun ini dengan rekod pinjaman terkumpul bernilai RM315 juta dan tanpa sebarang pinjaman tidak berbayar (NPL), serta pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) yang positif. Struktur kos yang berhemat membolehkan syarikat meraih keuntungan sejak dari hari pertama. Sehingga kini, Genie Malaysia telah memproses lebih 3,000 permohonan, hasil daripada tawaran pemarkahan kredit yang dilancarkan dengan teknologi AI dan pinjaman digital yang lancar kepada pengedar serta pengguna kereta terpakai.

Ketua Pegawai Eksekutif Genie Malaysia, Simon Chan berkata, “Selepas 25 tahun dalam industri pembiayaan kenderaan, misi peribadi saya adalah untuk memacu rangkuman dan pemerkasaan kewangan. Membangunkan Genie Malaysia merupakan peluang untuk menangani segmen pembiayaan kereta terpakai yang besar tetapi kurang diberi perhatian di Malaysia.

Kami berjaya memanfaatkan penggunaan teknologi, data dan teknologi AI  dalam menawarkan perkhidmatan kewangan yang efektif kepada peniaga dan pengguna yang tidak mempunyai perbankan. Kami menjadikan pemberian pinjaman lebih kelayakan kredit dan lebih mudah untuk mereka yang benar-benar perlu memiliki kereta. Genie Malaysia disokong oleh kemudahan pembiayaan daripada sekurang-kurangnya sebuah bank domestik terkemuka, sekaligus memberi keyakinan tinggi terhadap model perniagaan kami, dan kami terbuka untuk menjalin kerjasama dalam membantu pihak bank memberi perkhidmatan yang lebih baik dan selamat buat komuniti yang kurang kelayakan.”