MDEC Lancar Malaysia Digital Week 2022

Kertas kajian tersebut akan mengenalpasti kekuatan dan peluang sama ada secara domestik dan di sekitar rantau ini termasuk menggariskan apa yang diperlukan untuk Malaysia mencapai visi tersebut

MDEC Lancar Malaysia Digital Week 2022

KUALA LUMPUR, 12 Oktober 2022 - Malaysia Digital Week 2022 (MDW 2022), yang dianjurkan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), agensi peneraju ekonomi digital Malaysia, kembali untuk tahun keempat penganjurannya, di Pusat Persidangan dan Acara Connexion, Bangsar South bermula dari 11 hingga 14 Oktober 2022.

Antara barisan penceramah antarabangsa yang akan membuat penampilan di MDW 2022 adalah mantan Menteri Kebudayaan dan Digital United Kingdom Lord Ed Vaizey; mantan Menteri Perdagangan Indonesia, Thomas Trikasih Lembong; dan Profesor Adjung Universiti New York, Winston Wenyan Ma. Acara ini juga akan menampilkan pelbagai pemain utama industri dan pakar-pakar teknologi digital terkemuka,

Three Charity Homes To Benefit From Ramada Meridin Donation
The employee-initiated CSR project “Blankets of Hope” by Ramada Meridin employees, aims to empower a group of single mothers under Momo Love Concept

Sejajar dengan inisiatif strategik negara yang dilancarkan baru-baru ini, MDW 2022 akan terus memacu aspirasi MDEC bagi mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai Hab Digital ASEAN.

MDW 2022 yang dirujuk sebagai persidangan teknologi digital utama di Malaysia, akan memberi tumpuan kepada pendigitalan sembilan sektor fokus teknologi yang telah dikenal pasti di bawah inisiatif Malaysia Digital. Acara ini juga akan menampilkan sesi perbincangan dan ucaptama dalam perkembangan teknologi semasa, kajian kes, topik dasar utama dan kawal selia.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuar Haji Musa berkata, "Sebagai sebuah agensi yang diiktiraf dalam menggalakkan pelaburan digital, MDEC akan terus berusaha dalam memacu pertumbuhan ekosistem digital dan menarik pelaburan yang signifikan daripada syarikat-syarikat teknologi, menerusi inisiatif-inisiatif strategik.

MDW 2022 akan memupuk hubungan dan penglibatan yang lebih kukuh bersama pihak berkepentingan bagi sektor pelaburan digital dari seluruh rantau ini. Diharapkan menerusi acara ini, banyak manfaat boleh diperolehi daripada perbincangan mengenai cara inovatif pemain industri menggunakan teknologi untuk membentuk ekonomi digital yang lebih inklusif dan saksama.”

Digital Week 2022

Selaras dengan perkembangan teknologi digital semasa, MDEC bakal membuat beberapa pengumuman penting bagi meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi utama pelaburan digital.

Dengan kerjasama Huawei, sebuah kertas kajian bertajuk ‘Malaysia: Ke Arah Ibu Kota Digital ASEAN’ akan dilancarkan pada acara tahun ini.

Kertas kajian tersebut akan mengenalpasti kekuatan dan peluang sama ada secara domestik dan di sekitar rantau ini termasuk menggariskan apa yang diperlukan untuk Malaysia mencapai visi tersebut serta beberapa pelan yang telah dikenalpasti dalam meletakkan Malaysia sebagai kuasa ekonomi digital serantau.

Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Ts. Mahadhir Aziz berkata, “MDW 2022 merupakan satu platform terbaik untuk kita mengetengahkan kebolehan dan kekuatan dari segi kapasiti dan keupayaan digital negara. Malah kita akan mampu meluaskan lagi ufuk pandangan dan mencetus idea baharu sepanjang penganjuran acara ini, sejajar dengan objektif Malaysia Digital untuk memangkinkan dan memecut pertumbuhan ekonomi digital Malaysia.”

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) juga akan berkongsi mengenai perkembangan terkini iaitu Dasar Perkongsian Data Nasional (NDSP) yang akan meningkatkan kebolehcapaian data dan ketersediaan data dalam ekosistem, sekali gus menggalakkan penggunaan data bagi menjadikan Malaysia sebagai negara yang dipacu oleh data.

Sepanjang seminggu diadakan MDW 2022, para peserta bakal didedahkan dengan peluang pelaburan, mendapatkan akses pasaran dan pandangan yang berharga di samping dapat bertemu dengan pakar-pakar dalam ekosistem teknologi tempatan serta meningkatkan kerjasama dengan rakan industri.

MDW 2022 adalah sebahagian daripada usaha berterusan MDEC untuk memacu pelaburan digital (Pelaburan Langsung Asing dan Pelaburan Langsung Dalam Negara) bagi mencapai pelaburan bernilai RM50 bilion dan mewujudkan 50,000 peluang pekerjaan menjelang tahun 2025.