MDEC Beraspirasi Membina Generasi Mahir Digital

Karnival yang dilaksanakan di bawah Gerakan #mydigitalmaker ini telah berjaya memberi kesedaran tentang kepentingan inovasi dan kreativiti digital kepada lebih 100,000 individu

MDEC Beraspirasi Membina Generasi Mahir Digital
Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Ts. Mahadhir Aziz

MDEC, agensi peneraju ekonomi digital Malaysia, telah menganjurkan Karnival #mydigitalmaker 2022 buat kali keenam untuk memupuk kemahiran dan bakat dalam kalangan belia demi mendepani ekonomi digital Malaysia yang semakin berkembang.

Karnival #mydigitalmaker 2022 yang sedang berlangsung dari 16 Oktober hingga 13 November 2022 merangkumi lima zon (region) di seluruh negara bermula dengan negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, diikuti Sabah dan Sarawak, Utara, Selatan dan diakhiri dengan edisi kemuncak di Kuala Lumpur.

Direka untuk memberikan pengalaman digital secara langsung kepada pelajar serta warga pendidik, karnival tersebut menawarkan pelbagai program yang memberi fokus kepada teknologi digital termasuk bengkel kemahiran digital, sesi kesedaran kerjaya, pertandingan dan pameran yang meliputi pengekodan, animasi, teknologi dron, robotik dan banyak lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Ts. Mahadhir Aziz, berkata MDEC akan terus melaksanakan mandatnya untuk melengkapkan rakyat Malaysia dengan kemahiran digital melalui program yang berteraskan teknologi dan sumber digital, terutamanya kepada pelajar, ibu bapa dan pendidik, dalam format maya dan fizikal.

“Karnival yang dilaksanakan di bawah Gerakan #mydigitalmaker ini telah berjaya memberi kesedaran tentang kepentingan inovasi dan kreativiti digital kepada lebih 100,000 individu.

MDEC akan terus komited dalam membantu generasi muda untuk mengasah bakat dan kemahiran mereka agar mempunyai kelebihan untuk merebut peluang-peluang dalam ekonomi digital, selaras dengan inisiatif strategik nasional Malaysia Digital, dibawah MDEC,” tambahnya.

Come what may, Global Minimum Tax is imminent
If Malaysia does not implement GMT, the top-up taxes (15% - 0%) will be collected by other countries that implement GMT. Another example is a situation where there is a lowly taxed Malaysian subsidiary of a foreign headquartered MNC.

Karnival #mydigitalmaker 2022 akan menjelajah ke lima (5) zon pada tarikh-tarikh berikut:

Zon Pantai Timur (East Coast Region)


Zon Sabah dan Sarawak (East Malaysia Region)


Zon Utara (Northern Region)


Zon Selatan (Southern Region)


Zon Tengah (Central Region)

  • 16 – 21 Oktober


  • Kelantan, Terengganu, Pahang


  • 28 – 31 Oktober


  • Sabah, Sarawak, Labuan


  • 1 – 6 November


  • Kedah, Perlis, Pulau Pinang 


  • 7 – 9 November


  • Johor, Melaka, Negeri Sembilan


  • 10 – 13 November


  • Selangor, 

Perak, Kuala Lumpur, Putrajaya


Karnival #mydigitalmaker

Bagi menyediakan lebih banyak aktiviti menarik, Karnival #mydigitalmaker tahun ini dianjurkan secara bersama dengan lima (5) rakan strategik – Jazari Robot Resources, Synapze Sdn Bhd, Kerajaan Negeri Kedah melalui Kedah Digital Center & Kulim Technology Park Corporation (KTPC), Universiti Teknikal Malaysia Melaka dan Aerocentric Events.

Gerakan #mydigitalmaker adalah sebuah inisiatif bermodelkan awam-swasta-akademik dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang dilancarkan selaras dengan matlamat Malaysia untuk melahirkan bakat digital yang kompeten bagi memacu ekonomi digital di masa hadapan.

Setakat ini, Gerakan #mydigitalmaker telah memberi manfaat kepada lebih 2 juta murid sekolah yang telah menyertai program-program seperti integrasi pemikiran dan pengekodan dalam kurikulum, aktiviti ko-kurikulum yang dianjurkan di sekolah serta aktiviti tambahan kurikulum.

Sila layari mdec.my/mydigitalmaker/ atau ikuti kami di Facebook facebook.com/mydigitalmakermovement untuk maklumat terkini.