Maxis Umum Pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif Baharu

Sebelum AIS, antara jawatan yang pernah disandang Eng termasuk Pengarah Urusan perniagaan kediaman Singtel, dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Hiburan Tanjong plc di Malaysia.

Maxis Umum Pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif Baharu
Goh Seow Eng Ketua Pegawai Eksekutif Baharu Maxis

Maxis mengumumkan pelantikan Goh Seow Eng sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu berkuatkuasa 1 Disember 2022, yang akan melapor kepada Pengerusi dan Lembaga Pengarah.

Beliau akan menyertai Maxis sebagai pemangku jawatan tersebut mulai 1 November, sebelum menggantikan Gokhan Ogut yang bakal menamatkan tempoh perkhidmatan pada 30 November 2022.

Sebelum ini, Eng, seorang rakyat Malaysia, telah memegang jawatan sebagai President dan Ketua Pegawai Operasi (COO) Advanced Info Service (AIS) di Thailand. Beliau bertanggungjawab ke atas semua unit operasi termasuk perniagaan mudah alih teras dan menyelia pengembangannya ke pasaran jalur lebar fiber serta perniagaan perusahan.

Sebelum AIS, antara jawatan yang pernah disandang Eng termasuk Pengarah Urusan perniagaan kediaman Singtel, dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Hiburan Tanjong plc di Malaysia.

ExxonMobil’s Profit Triples To Record $20bn
Aside from the strength, the Texas-based company attributed the results to “strong volume performance” and “rigorous cost control.”

Beliau juga pernah menjadi COO bagi Perniagaan Pengguna di Astro di mana beliau telah menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan syarikat tersebut. Eng juga pernah memegang pelbagai jawatan serantau dan global Citibank di London, Kuala Lumpur, Taipei dan Tokyo.

Eng merupakan graduan Program Dwi-Ijazah Pengurusan dan Teknologi Universiti Pennsylvania. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Sains Komputer) cum laude dan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Ekonomi cum laude dari Wharton School universiti itu. Beliau juga telah memperoleh MBA dari University of California, Berkeley, dan menghadiri Program Pengurusan Lanjutan di Harvard Business School.

“Saya bagi pihak Lembaga Pengarah amat berbesar hati untuk mengalu-alukan Eng sebagai CEO baharu Maxis. Eng membawa bersamanya pengalaman yang luas dalam industri telekomunikasi dengan rekod prestasi yang amat kukuh dalam jalur lebar mudah alih dan fiber, perniagaan talian tetap serta perkhidmatan digital, yang kesemuanya akan menjadi penting untuk pertumbuhan Maxis. Kami menantikan peluang untuk bekerjasama dengan beliau untuk menerajui dan memacu fasa seterusnya dalam perjalanan konvergen kami.

“Saya juga ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Gokhan kerana telah menerajui Maxis sebagai Ketua Pegawai Eksekutif selama tiga setengah tahun. Sejak memegang jawatan tersebut, beliau telah menerajui syarikat dalam masa penuh ketidaktentuan dan cabaran pasaran, yang sebahagian besarnya telah didorong oleh pandemik Covid 19,” kata Tan Sri Mokhzani Mahathir, Pengerusi Lembaga Pengarah Maxis.

“Gokhan telah memainkan peranan penting dalam pencapaian kewangan Maxis yang berdaya tahan dan penyampaian cita-cita kepimpian konvergen kami, termasuk pertumbuhan yang membanggakan dalam perniagaan fiber.

“Gokhan juga telah membantu dalam memajukan perbincangan 5G kami. Saya percaya Maxis akan terus mendapat manfaat daripada asas yang telah dibinanya,” kata Mokhzani Mahathir.