Maxis Telah Mengumumkan Pelantikan Jennifer Wong Sebagai CFO Baharu

Jennifer mengambil alih Ketua Pegawai Kewangan dan Strategi Maxis, Wayne Treeby yang bakal tamat kontrak dan meninggalkan Maxis pada hujung September 2022 untuk bersama keluarganya di Australia.

Maxis Telah Mengumumkan Pelantikan Jennifer Wong Sebagai CFO Baharu

Jennifer Wong akan menyertai Maxis dari Celcom Axiata, dimana beliau telah memegang pelbagai jawatan kanan dalam tempoh lebih 14 tahun sebelum menjadi CFO.

Beliau membawa pengalaman lebih daripada 20 tahun dalam perakaunan, pengawalan, pengurusan kewangan dan operasi, serta perancangan dan analisis perniagaan.

Jennifer merupakan graduan Program Pengurusan Lanjutan Harvard Business School, serta Program Pengurusan Am dan Inovasi Insead. Beliau juga merupakan ahli Institut Akauntan Malaysia (Malaysia) dan Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia.

Clinical Research Malaysia & Novartis Malaysia Inks MoU to Make Sarawak General Hospital A preferred Site For Clinical Trials
MOU solidifies Malaysia’s positioning as a one-stop centre for clinical research in the region and affirms SGH’s capabilities as a clinical trial site

Jennifer telah memulakan kerjayanya sebagai seorang akauntan di Arthur Andersen, dan kemudiannya Ernst & Young dan PWC, di mana beliau memberi nasihat transaksi M&A, mengetuai semakan usaha wajar kewangan untuk latihan korporat dan Tawaran Awam Permulaan di UK, Malaysia dan Hong Kong.

Pengalaman Industri Jennifer Wong

“Kami mengalu-alukan kehadiran Jennifer dan berharap beliau dapat berkembang dan menjadi sebahagian daripada keluarga Maxis. Kami yakin bahawa pengalaman industri belia yang luas amat berharga untuk perniagaan dan mencapai cita-cita kami.

“Bagi pihak Maxis, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Wayne atas sumbangannya kepada Syarikat dan kami mengucapkan selamat maju jaya dalam usahanya kelak,” kata Gokhan Ogut, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis,

Wayne telah bersama Maxis selama empat setengah tahun dan memainkan peranan penting dalam kejayaan pengurusan kewangan Maxis, perancangan strategik, dan pembangunan serta penyampaian visi kepimpinan penyelesaian konvergen kami. Beliau juga telah bantu organisasi melalui persekitaran telko dan pandemik Covid-19 yang mencabar.