Maxis eKelas Menawarkan HIP English StoryFest

Pertandingan eKelas HIP English Storyfest Maxis kembali dengan cabaran baharu yang menarik untuk menginspirasikan penguasaan Bahasa Inggin bagi pelajar Tahun 4 hingga Tingkatan 5

Maxis eKelas Menawarkan HIP English StoryFest

Pertandingan tahunan popular Maxis eKelas Highly Immersive Programme (HIP) English Storyfest Maxis eKelas kini kembali untuk tahun keempat dengan cabaran yang baharu dan menarik untuk menginspiraskan pelajar Tahun 4 hingga Tingkatan 5.

Pertandingan ini bertujuan untuk memperkayakan pembelajaran sambil memberi peluang untuk membina keyakinan dan kemahiran komunikasi pelajar. Pendaftaran kini dibuka sehingga 31 Ogos melalui www.ekelas.com.my.

HIP diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) pada 2016 untuk meningkatkan penguasaan dan pendedahan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar melalui aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah.

Sejak 2019, eKelas telah diiktiraf oleh KPM di bawah inisiatif HIP, di mana pelajar eKelas yang menyertai pertandingan itu boleh mengumpul markah kokurikulum yang disertakan dalam sijil persekolahan mereka.

StoryFest membantu pelajar

“Pertandingan eKelas HIP English StoryFest menyediakan pengalaman yang mendalam untuk membantu pelajar mempelajari Bahasa Inggeris dengan cara yang menarik dan menyeronokkan serta melengkapkan akademik mereka di sekolah.

“Setiap tahun, kami berbesar hati dengan peningkatan bilangan penyertaan yang kini telah melebihi 3,500. Kami akan terus membawa kandungan digital terbaik kepada pelajar terutamanya dari masyarakat luar bandar dan berharap lebih ramai pelajar menyertai pertandingan tahun ini,” kata Mariam Bevi Batcha, Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat, Maxis.

“Kami mengalu-alukan inisiatif daripada Maxis eKelas untuk menyokong Program Imersif Tinggi Kementerian Pendidikan. Ia memberi pelajar platform yang berbeza di luar persekitaran sekolah untuk berlatih berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris, terutamanya apabila mereka boleh berinteraksi dengan pelajar dari sekolah lain.

“Saya menggalakkan para guru untuk memotivasikan murid mereka untuk menyertai pertandingan dan mendapat manfaat daripada peluang pembelajaran tambahan yang disediakan,” kata Yang Berusaha Dr Faizulizami Binti Osmin, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Education Malaysia, yang menghadiri acara pelancaran maya baru-baru ini.

This Malaysian Skincare Brand Is Now An International Success
Kaii Lim, Co-Founder & Chief Operating Officer of CLEF Skincare, took years to research and curate a skincare formula by incorporating effective ingredients that targets different skin-related issues

Pelancaran pertandingan secara maya baru-baru ini telah dihadiri oleh lebih daripada 750 pemimpin, guru dan pegawai daerah di seluruh Malaysi. Kemuncak acara interaktif itu ialah bengkel bercerita yang dikendalikan oleh KL Shakespeare Players, memberi gambaran tentang beberapa siri bengkel untuk menyokong pelajar.

Pengajaran Bahasa Inggeris

Para guru juga mengadakan sesi perkongsian tentang pengajaran Bahasa Inggeris dengan cara yang menyeronokkan serta petua untuk membimbing pelajar mereka menghantar penyertaan terbaik untuk pertandingan tersebut.

Pertandingan eKelas HIP English StoryFest telah diperkenalkan pada tahun 2019, dengan menawarkan pelajar pengalaman interaktif serta akses kepada bimbingan secara maya melalui kandungan, bengkel dan latihan untuk meningkatkan keyakinan mereka.

Abang Portal (Pengurus Komuniti) juga sedia untuk membimbing pelajar dengan soalan dan kandungan yang tersedia.

eKelas adalah sebuah program komuniti perdana Maxis yang bertujuan untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar di luar bandar. Inisiatif pembelajaran digital sekolah yang terbuka bagi pelajar Tahun 4 hingga Tingkatan 5 ini menawarkan cara belajar yang menyeronokkan melalui akses kandungan pendidikan berkualiti percuma, selaras dengan Sukatan Pelajaran Malaysia.

Program ini memfokuskan Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris, dan menggabungkan pembelajaran berasaskan pengalaman melalui gabungan tutorial secara langsung, pembelajaran berkumpulan, pertandingan dan kandungan digital melalui portal dan aplikasi eKelas.

eKelas hari ini menyediakan pengalaman pembelajaran digital yang lengkap, termasuk pertandingan STEM untuk pengekodan, pertandingan menulis esei, kemahiran berfikir kreatif dan mereka bentuk.

Pendaftaran pertandingan dan akses kepada bengkel percuma kini dibuka untuk pelajar sehingga 31 Ogos melalui Web