Maxis 5G Alliance capai momentum dalam penemuan teknologi melalui inisiatif bersama

Acara maya GSMA APAC, pameran Autonomous Mobile Robots, dan kes penggunaan industri di Hab Inovasi 5G dan AI antara inisiatif Perikatan untuk mencapai nilai IR4.0

Maxis 5G Alliance capai momentum dalam penemuan teknologi melalui inisiatif bersama
Photo by Ralph (Ravi) Kayden / Unsplash

5G Alliance Maxis berkembang kepada 23 ahli dengan pelbagai inisiatif yang dilancarkan untuk mencipta dan mengkomersialkan kes penggunaan 5G


Menerusi komitmennya untuk mempercepatkan penemuan teknologi dan transformasi digital, Maxis bekerjasama rapat dengan rakan kongsi 5G Alliance dalam inisiatif untuk mencipta dan mengkomersialkan kes penggunaan 5G serta penyelesaian Internet Benda (IoT) merentasi industri di Malaysia dan Asia Pasifik.

Sejak dilancarkan pada Jun 2022, tujuh rakan kongsi baharu telah menyertai Maxis 5G Alliance iaitu Gamuda Land, Garuda Robotics, ITXOTIC, LinkUp Smart Solutions, NOKIA, NVIDIA dan ZTE, sekaligus menjadikan jumlah ahli seramai 23 organisasi.

“Di Maxis, kami tetap komited untuk membawa 5G ke negara, dan teruja untuk memanfaatkan faedah yang dibawa oleh 5G kepada perniagaan untuk mengukuhkan daya saing Malaysia serantau. Komuniti 5G Alliance kami dijangka akan terus berkembang berasaskan kolaborasi terbuka dalam semua organisasi untuk mempercepatkan penerimaan dan penggunaan inovasi. Ahli perikatan boleh memanfaatkan ekosistem ini, di mana kerjasama dan inisiatif mereka dapat memupuk inovasi serta mencapai nilai IR4.0 merentasi seluruh sektor ekonomi,” kata Gokhan Ogut, Ketua Pegawai Eksekutif, Maxis.

Industry Runcit Tidak Diberi Maklumat Secukpnya Mengenai Dasar Penamat Generasi
Berdasarkan keputusan tersebut, majoriti mereka yang dikaji hanya kurang maklumat dan tidak bersedia untuk pelaksanaan dasar tersebut.

Salah satu inisiatif, acara maya GSMA APAC –‘5G Ecosystem: Unlocking opportuities through strategic partnerships’ – bakal diadakan pada 20 September ini. Maxis ialah rakan kongsi utama acara ini dan akan mengumpulkan pemimpin teknologi dan industri untuk memacu inovasi, perkongsian, dasar-dasar dan ekosistem. Dengan APAC merangkumi pasaran besar dengan peluang-peluang keemasan, acara ini bertujuan untuk menjadi pemangkin bagi sokongan serantau dalam mendidik industri dan mengukuhkan ekosistem melalui kerjasama dan sokongan. Peserta yang berminat boleh mendaftar untuk acara tersebut di https://bit.ly/5g-partnership.

Sementara itu, Maxis bersama rakan kongsi Perikatan iaitu OMRON, mempamerkan Autonomous Mobile Robots yang dikuasakan oleh rangkaian generasi baru Maxis, sekaligus membolehkan kilang beroperasi 24/7, mengurangkan kos operasi dan meningkatkan keselamatan serta produktiviti pengeluar. Maxis mempelawa perusahaan untuk meneroka keupayaan ini dan banyak lagi di Maxis Business Innovation Centre (MBIC) di Menara Maxis, Kuala Lumpur.

Antara inisiatif lain, Maxis, Huawei dan MIMOS mempercepatkan kes penggunaan industri yang digerakkan oleh 5G, IoT, Pengkomputeran Awan dan Kecerdasan Buatan (AI) di Hab Inovasi 5G dan AI di kampus MIMOS. Hab ini berfungsi sebagai penciptaan bersama yang diuji untuk penyelidikan dan pembangunan serta inkubator untuk penyelesaian inovatif. Ini membolehkan perniagaan mengakses infrastruktur dan kemudahan yang dikuasakan oleh teknologi canggih. Perusahaan digalakkan untuk menjadualkan lawatan ke hab di www.5g-ai-hub.my.

Kata-kata ahli Maxis 5G Alliance:

GSMA

“Kami berbesar hati untuk menjadi rakan kongsi Maxis 5G Alliance,” kata Julian Gorman, Ketua GSMA Asia Pasifik. “5G ialah pemboleh utama transformasi digital, membuka peluang bagi perniagaan dan mengubah kehidupan orang ramai. Kami teruja untuk bekerjasama dengan Maxis untuk menyampaikan acara ‘5G Ecosystem: Unlocking opportunities through strategic partnership’, yang merupakan peluang hebat untuk menyatukan ekosistem mudah alih dan mempercepatkan transformasi digital di Malaysia dan Asia Pasifik.

Huawei

“Huawei teruja untuk memainkan peranan sebagai penasihat teknologi dengan menyediakan pengetahuan teknologi melalui kemajuan penyelidikan dan pembangunan (R&D), menyelaraskan kes penggunaan industri ke arah komersialisasi, dan membantu mempercepatkan adaptasi teknologi dan transformasi inovatif dalam kesalinghubungan, IoT, pengkomputeran awan dan AI. Kami percaya bahawa kerjasama yang diperkukuhkan melalui program 5G Alliance ini meningkatkan komitmen semua pihak terhadap inovasi bersama, dan kami berharap agar dapat bekerjasama untuk memajukan ekonomi digital Malaysia,” kata Michael Yuan, Ketua Pegawai Eksekutif, Huawei Malaysia.

NEC

“Sebagai ahli Program Alliance 5G, NEC dan Maxis akan bersama-sama mencipta penyelesaian pintar dengan aplikasi merentasi pelbagai kes penggunaan dan industri. Cadangan penyelesaian konvergen Maxis sangat sesuai dengan rangkaian penyelesaian NEC yang dikuasakan oleh AI, dan kami menantikan kerjasama ini,” kata Chong Kai Wooi, Pengarah Urusan NEC Corporation of Malaysia Sdn. Bhd.

OMRON

“Automasi dan robotik yang dikuasakan oleh 5G merupakan asas kepada kilang-kilang masa depan. Kami berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan Maxis untuk mempamerkan Autonomous Mobile Robots yang dikuasakan oleh rangkaian mereka di MBIC, serta SEMICON SEA pada awal bulan Jun. Ini membolehkan pembuatan pintar dan memperkasakan perniagaan untuk mencapai hasil perniagaan dengan berjaya,” kata Kok Soong Lee, Pengarah Urusan, Jualan Industri, Omron Electronics Sdn. Bhd.

Untuk maklumat lanjut tentang Maxis 5G Alliance dan penyertaan ahli, sila layari