MARC Ratings Mengesahkan Penarafan AAA/MARC-1 Bagi Program Sukuk F&N Capital

Sebagai tambahan, penarafan turut mengambil kira peningkatan hasil kumpulan sebanyak 1.8% dari tahun ke tahun kepada RM2.2 bilion dalam separuh pertama tahun kewangan

MARC Ratings Mengesahkan Penarafan AAA/MARC-1 Bagi Program Sukuk F&N Capital
FNHB CEO_Mr Lim Yew Hoe

MARC Ratings telah mengesahkan penarafan AAAIS(cg) /MARC-1IS(cg) untuk program Nota Jangka Sederhana Islam dan Kertas Komersil Islam F&N Capital Sdn Bhd, yang mempunyai had nilai gabungan sehingga RM3 bilion.

Unjuran penarafan adalah stabil. F&N Capital ialah syarikat perbendaharaan milik penuh Fraser & Neave Holdings Bhd.

Pengesahan penarafan ini mencerminkan penjanaan hasil F&NHB yang kukuh menerusi rangkaian tenusu dan minumannya yang mantap di Malaysia dan Thailand, serta kedudukan keumpilan yang sangat rendah dan kecairan yang tinggi, dengan tahap pinjaman terkumpul yang sangat rendah iaitu sebanyak RM1 juta berbanding pegangan tunai sebanyak RM319.9 juta.

PROTON Unveils New Hi-Tech Engine Assembly Line In Tanjung Malim
New engine line assembles 1.5 TGDI for local and export markets and is capable of producing 180,000 units a year on three shifts

Sebagai tambahan, penarafan turut mengambil kira peningkatan hasil kumpulan sebanyak 1.8% dari tahun ke tahun kepada RM2.2 bilion dalam separuh pertama tahun kewangan yang berakhir pada 30 September, 2022 walaupun dalam persekitaran global yang tidak tentu dengan kenaikan harga bahan mentah dan kos pembungkusan yang mendadak.

Operasi F&N yang sihat

“Pengesahan penarafan ini menandakan kedudukan kewangan Kumpulan yang kukuh dan dasar pengurusan yang berhemah. Penarafan ini bukan sahaja mengiktirafkan pengurusan aliran tunai operasi Kumpulan yang sihat tetapi juga keupayaan kami untuk kekal bertumpukan kepada memperkembangkan perniagaan dalam keadaan pasaran yang sangat mencabar.

“Sebagai langkah untuk mara ke hadapan, kami akan meningkatkan usaha untuk mengekalkan kedudukan kami sebagai peneraju pasaran serta melaksanakan inisiatif yang dirancang yang akan membolehkan Kumpulan teguh mengambil langkah-langkah strategik ke arah penawaran produk-produk baharu, perladangan secara bersepadu serta membangunkan peluang kerjasama yang berpotensi,” kata Ketua Pegawai Eksekutif F&NHB, Lim Yew Hoe.