KRE8TIF! Tonjol Bakat Kreatif Dan Animasi Digital

Ekosistem perniagaan kreatif di Asia Tenggara yang pelbagai dan berskala kecil mempunyai peluang yang strategik bagi penyatuan, penggabungan...

KRE8TIF! Tonjol Bakat Kreatif Dan Animasi Digital
Ts Mahadhir Aziz, CEO of MDEC and YBhg. Dato’ Sri Haji Mohammad Bin Mentek, Secretary General of Ministry of Communications and Multimedia Malaysia posing for a photo with Mina, Little Ammar, and Mila from Durioo at Kre8tif! 2022

CYBERJAYA, 8 November 2022 – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), agensi peneraju ekonomi digital Malaysia di bawah seliaan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM), kembali dengan Kre8tif! 2022 bagi memperkasa industri kreatif digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi digital negara.

Acara yang berlangsung dari 7 November hingga 18 November 2022 diadakan secara hibrid merangkumi sesi pemadanan perniagaan, ‘elevator pitch’, bengkel kemahiran, majlis penganugerahan, persidangan dan pameran, menjadi platform perjumpaan para pemain industri kandungan kreatif dan teknologi dari Asia Tenggara sejak tahun 2009, yang turut membuka peluang pembelajaran, produksi dan pengedaran.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Ts. Mahadhir Aziz, industri kreatif dan animasi berkembang dengan pesat disebabkan oleh kenaikan pengguna platform penstriman di seluruh dunia telah membuka peluang yang lebih besar dan atas faktor ini amat penting untuk meneruskan momentumnya kerana saiz pasaran animasi global tahun ini dianggarkan bernilai AS$298.2 juta dan diramal akan mencecah AS$519.6 juta menjelang tahun 2028.

“Justeru, melihat kepada trend ini, MDEC telah mengenal pasti sektor ini sebagai salah satu fokus utama teknologi di bawah inisiatif strategik nasional baharu, Malaysia Digital, dan beberapa inisiatif juga akan dilancarkan untuk memangkin pertumbuhannya, dengan Kre8tif! menjadi salah satu daripadanya,” lanjutnya lagi.

MIDA: Domestic Direct Investment To Help In Sustainable Economic Growth
MIDA has been proactive in creating opportunities for domestic companies and mitigating gaps in the supply chain.
Ts Mahadhir Aziz, CEO of MDEC, delivering his opening remarks at Kre8tif! 2022

Sempena pelancaran ini juga, MDEC mengumumkan dapatan dan penemuan daripada Southeast Asia (SEA) Digital Creative Content Industry Talent Research Report 2022 buat pertama kali iaitu hasil daripada temu bual dengan lebih 150 studio kreatif digital dan institusi pengajian tinggi dari seluruh rantau bertujuan untuk menyokong kelestarian dan inovasi industri.

Menurut laporan tersebut, ekosistem perniagaan kreatif di Asia Tenggara yang pelbagai dan berskala kecil mempunyai peluang yang strategik bagi penyatuan, penggabungan, pemerolehan dan perkongsian bagi industri kolektif untuk terus berkembang dalam ekonomi digital.

Selain itu, persaingan mendapatkan bakat berkualiti di semua peringkat semakin sengit susulan kesan makroekonomi pandemik menyebabkan studio di Asia Tenggara mempunyai permintaan yang konsisten untuk pekerja yang berkembang pada +7.59 peratus Kadar Pertumbuhan Tahunan Kompaun (CAGR) dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Pengarah Kandungan Kreatif Digital, MDEC, Mohan Low memaklumkan bahawa meskipun terdapat studio yang besar di Asia Tenggara namun studio berskala kecil dengan pekerja produksi kurang daripada 50 orang yang banyak terdapat di negara ini memiliki potensi untuk penggabungan atau pemerolehan kerana pelabur dan penerbit maklum mengenai nilai ekonomi dan penguasaan bahagian pasaran, seperti kejayaan Lemon Sky Studios dari Malaysia dan Tahoe Games dari Indonesia.

Di samping itu, beberapa Harta Intelek (IP) asli juga dilancarkan sejajar dengan inisiatif strategik nasional untuk menghasilkan 200 IP asli menjelang tahun 2025, seperti Batik Girl The Movie oleh R&D Studios, Didi & Friends The Movie oleh Warnakala dan sebuah siri filem untuk Mechamato oleh MONSTA, dengan dua filem animasi tersebut dibiayai menerusi Geran Kandungan Digital MDEC bertujuan untuk menyokong syarikat kandungan kreatif tempatan khususnya dalam membangun dan menghasilkan kandungan digital dan IP mereka.

Sempena acara ini, turut ditampilkan ikon industri antarabangsa dan penceramah berwibawa tempatan antaranya Dean Reinhard dari EPIC Games, Paul Robinson dari Genius Brands International, Lyon Liew dari Pixar Animation Studios dan Sinan Ismail dari Durioo+.

Pembeli yang turut hadir termasuk Arait Multimedia, Spin Master, Media Prima TV Networks, Primeworks Studios, Warner Bros Discovery, Inc, Tremendous, Muslim Kids TV, MoonBug Entertainment, MONSTA, Measat Broadcast Network System, Radio Televisyen Malaysia, C-Nuts Limited dan banyak lagi.