Jom Makan Di 6 Restoran Menarik Di Sepang

Penuhi citarasa anda di 6 restoran terbaik di sekitar Sepang dengan banyak tempat menarik dan banyak restoran

Jom Makan Di 6 Restoran Menarik Di Sepang
Senandung Malam Seafood - Pix Provided

Sepang terdapat banyak tempat menarik dan sentiasa dikunjungi oleh pelancong tempatan. Sekiranya anda mencari tempat makan setelah puas berjalan sepanjang hari, ini adalah ENAM restoran yang menarik di Sepang yang wajib anda kunjungi.

Senandung Malam Seafood
Kunjungi ke Senandung Malam Seafood untuk makanan laut dengan harga yang berpatutan. Terletak di Bagan Lalang dan hanya satu jam perjalanan dari Kuala Lumpur, restoran ini menyajikan pelbagai jenis makanan laut yang segar.

Pelanggan boleh memilih pelbagai jenis makanan laut dan cara masakan, antaranya termasuk ikan, sotong, udang, dan kerang-kerangan. Senandung Malam Seafood ialah restoran ‘outdoor’ yang menghadap pantai dan dibuka bermula jam 5 petang. Jadi pelanggan boleh menikmati hidangan sambil menikmati angin bayu dan menyaksikan matahari terbenam.

The Tepen, Cyberjhaya

The Tepen, Cyberjhaya - Pix Provided

Anda ada masalah memilih antara masakan Itali dan Malaysia? Kenapa tidak pilih sahaja kedua-duanya? The Tepen di Tamarind Square, Cyberjaya menyajikan hidangan gabungan Asia yang terbaik. Dengan hidangan pasta Aglio Olio bersama Bunga Kantan ataupun salmon panggang dalam Laksa anda, restoran ini sesuai untuk mereka yang ingin mencuba menu yang berlainan.

Bercakap tentang kelainan, mereka turut menghidangkan nasi putih dalam buluh bersama pilihan lauk pauk dan pelbagai pencuci mulut yang unik. Jadi, jangan lupa untuk kunjungi restoran berinspirasi retro ini apabila anda pergi ke Cyberjaya.

Pak Ngah Cyber Kopitiam

Pak Ngah Cyber Kopitiam - Pix Provided

Teringin menu yang lebih ringkas seperti telur separuh masak dan roti bakar? Kunjungi ke Pak Ngah Cyber Kopitiam. Terletak di Cyberjaya, kopitiam bergaya moden ini menghidangkan hidangan klasik kegemaran rakyat Malaysia, daripada Nasi Lemak, Asam Laksa, dan juga telur separuh masak diatas roti bakar bersama kaya dan mentega.

Padankan hidangan tersebut bersama kopi dan kuih tempatan untuk mulakan hari anda. Menu restoran ini juga termasuk hidangan barat seperti ‘chicken chop’, tortilla dan pasta untuk memuaskan selera dan citarasa anda. Tetapi, menu istimewa mereka adalah Nasi Minyak, sejenis hidangan nasi yang kebiasaannya dihidang di majlis perkahwinan kaum Melayu. Kopitiam ini semestinya salah satu restoran yang wajib anda cuba!

3 Lagi Restoran Menarik

The Botanist

The Botanist Cafe - Pix Provided

Ini adalah satu lagi tempat menarik yang boleh anda kunjungi jika anda ke Cyberjaya. The Botanist merupakan sebuah kafé yang cantik dengan suasana tropika sesuai untuk pengguna ‘insta’. Café ini menyajikan ‘bao burger’ yang unik iaitu salah satu hidangan istimewa mereka bersama hidangan-hidangan lain termasuk kopi dan teh. Dan jika anda seorang vegan, terdapat pilihan bukan tenusu juga. Terletak di Tamarind Square, kafé ini juga menjual produk mesra alam seperti berus gigi bukan plastik dan sabun bebas kimia sebagai salah satu inisiatif mereka untuk mempromosikan kesedaran bebas sisa di kafe ini.

Luck Bros Kopi

LUCK BROS KOPI KLIA2 - Pix Provided

Luck Bros Kopi di KLIA2 menyajikan kopi, hidangan panas dan manisan yang beraneka. Selain hidangan sarapan, makan tengahari dan makan malam, kafe ini juga mempunyai pilihan ‘on-the-go’ kepada mereka yang inginkan hidangan yang mudah dan cepat, terutama sekali kepada para penumpang penerbangan.

Jika anda ingin berkongsi kenikmatan minuman di sini bersama rakan-rakan atau keluarga anda, kami cadangkan 5 Street Coffee iaitu menu istimewa mereka yang mempunyai lima jenis kopi dari negeri-negeri di Malaysia; Johor, Pulau Pinang, Perak, Melaka dan Kuala Lumpur.

Konsep kafe yang moden ini dapat menarik pelanggan yang Insta-Aesthetic. Kalau anda berada di KLIA2 dan ingin mencari makanan-makanan yang sedap, Luck Bros Kopi adalah satu pilihan terbaik untuk anda.

Restoran Ummi Aisyah

Restoran Ummi Aisyah - Pix Provided

Terletak di Pasar Perdagangan Warisan Central di Kota Warisan, Restoran Ummi Aisyah menyajikan hidangan makanan laut yang lazat, daripada ikan bakar, sotong ke sambal udang dan siput sedut masak lemak.

Menu daging ayam, kambing dan lembu juga terdapat di restoran ini. Terdapat juga pelbagai aneka ulam ulaman dan sayur sayuran. Makanan panas juga terus dihidang untuk menaikkan selera pelanggan. Jika anda merancang untuk makan di sini, kami cadangkan hidangan istimewa mereka iaitu Siakap Terbang yang digoreng dan dihidangkan bersama sambal tempoyak dan sambal belacan.


Jom Makan

Sepang adalah antara tempat yang amat digalakkan untuk meluangkan hujung minggu anda. Terdapat banyak tempat untuk anda lawati, bermalam dan juga restoran yang terbaik di sini.

Untuk lebih banyak inspirasi pelancongan dan lawatan ke negeri Selangor, layari laman web rasmi Tourism Selangor, www.selangor.travel, atau ikuti akaun media sosial rasmi Tourism Selangor; Instagram, Facebook, Twitter, TikTok, dan saluran YouTube Tourism Selangor. #PusingSelangorDulu!