Siti Khadijah Memeterai Kerjasama Eksklusif dengan MOBY Islamic

Kerjasama eksklusif dengan satu-satunya platform BNPL Patuh Syariah yang membolehkan pelanggan untuk menikmati bayar sekarang atau kemudian bagi semua pembelian di Siti Khadijah

Siti Khadijah Memeterai Kerjasama Eksklusif dengan MOBY Islamic

Sehubungan dengan itu, Siti Khadijah mengumumkan kerjasama eksklusif bersama platform ‘beli sekarang, bayar kemudian’ (BNPL) tempatan, MOBY Islamic yang dahulunya dikenali sebagai AiraPay. Kerjasama itu akan memberi pilihan pembayaran BNPL patuh Syariah pertama Malaysia kepada pelanggan Siti Khadijah secara dalam talian dan juga di semua butik Siti Khadijah dalam negara.

Siti Khadijah telah berkembang daripada sebuah perniagaan kecil kepada perniagaan yang dikenali serantau, dengan platform dalam talian yang berkembang pesat dan juga 45 butik di seluruh Malaysia dan dua (2) Indonesia. Jenama Malaysia yang membanggakan ini telah mencapai reputasi yang baik untuk menjadikan telekung berkualiti mudah diperolehi oleh wanita Islam.

Mohammad Munzir Aminuddin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Siti Khadijah, berkongsi: “Kami tidak mahu membebankan pelanggan kami untuk dapatkan telekung yang berkualiti dan selesa untuk dipakai. — terutamanya kerana ia adalah sebahagian daripada kehidupan dengan menonjolkan keindahan cara hidup Islam melalui konsep 'Memupuk Gaya Hidup Bermanfaat'. Kerjasama antara MOBY Islamic dan Siti Khadijah adalah satu langkah bagi kami untuk memastikan visi ini terus kukuh, khususnya kerana MOBY Islamic menerapkan asas dalam konsep pinjaman yang patuh syariah.”

Cobra Gold War Games: Malaysia Flexes Its Military Muscles - Latest
The two-week-long multinational military exercises, Cobra Gold 2023, begins on Feb 27, with about 7,000 military personnel taking part from 30 countries.

Kini, pelanggan Siti Khadijah boleh menikmati pelan ansuran bulanan sehingga enam (6) bulan untuk pembelian dalam talian mereka. Walau bagaimanapun, tidak lama lagi, pelanggan juga akan dapat menikmati kemudahan ini untuk pembelian secara fizikal di butik juga. Sebagai satu-satunya platform patuh Syariah, ansuran pembayaran pecahan fleksibel MOBY Islamic adalah tanpa faedah dan berdasarkan kontrak Qard.

Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggannya, Siti Khadijah terus memberikan diskaun eksklusif kepada pengguna MOBY baharu: potongan RM50 dengan pembelian minimum RM500 atau diskaun RM25 dengan pembelian minimum RM250. Kedua-dua tawaran adalah terhad kepada 250 pengguna pertama, dan potongan ini boleh digunakan mulai 15 Februari sehingga 28 Februari 2023 oleh pengguna MOBY yang berdaftar.

Selain bayaran ansuran, MOBY juga merupakan platform BNPL pertama di Malaysia yang memberikan pilihan pembayaran segera kepada penggunanya — iaitu ciri PayNow. Melalui PayNow, pelanggan boleh memperoleh mata serta menikmati baucar dan diskaun melalui pembelian mereka.

“Melalui kerjasama eksklusif ini, kami berharap dapat menjadikan pengalaman membeli-belah dengan Siti Khadijah suatu pengalaman yang unik dengan adanya kemudahan pembayaran yang fleksibel. Walaupun kami fokus dalam mengembangkan jenama, kami tetap komited kepada matlamat utama kami: membolehkan wanita Islam membeli pakaian untuk solat yang berkualiti dengan lebih mudah tanpa membebankan wang," tambah Munzir.

Pemeteraian tersebut diadakan di cawangan Siti Khadijah yang terletak di Suria KLCC. Cawangan ini menawarkan bukan sahaja telekung atau pakaian sembahyang, mereka mempunyai rangkaian pilihan pakaian lelaki, pakaian wanita, buku pendidikan, tudung & aksesori.

Untuk maklumat lanjut berkenaan produk Siti Khadijah, sila layari di sini. Untuk mengetahui info mengenai MOBY Islamic, sila layari di sini.

Bajet: MASAC Harap Peruntukan Untuk Kajian Perundangan Khas Jual Vape Berdaftar
Ahmad Lutfi berkata, MASAC mempunyai pengalaman hampir 10 tahun dalam isu penyalahgunaan dadah mempunyai berpuluh pelbagai ahli gabungan yang mempunyai banyak kepakaran.