Ikrar Tindakan Iklim Digital Dilancarkan

MDCAP dibangunkan oleh MDEC dengan kerjasama UN Global Compact Network Malaysia - Brunei (UNGCMYB). Kohort pertama Penandatangan MDCAP terdiri daripada 28 buah perniagaan dari sektor ekonomi digital.

Ikrar Tindakan Iklim Digital Dilancarkan
Ikrar Tindakan Iklim Malaysia Digital dilancarkan

Acara kemuncak Minggu Digital Malaysia 2022 (Malaysia Digital Week - MDW 2022) yang dianjurkan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), agensi peneraju ekonomi digital Malaysia menutup tirainya pada hari ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuar Haji Musa juga telah melancarkan Ikrar Tindakan Iklim Malaysia Digital atau Malaysia Digital Climate Action Pledge (MDCAP) iaitu ikrar korporat yang bertujuan membina kapasiti dan meningkatkan penerimagunaan yang mampan dan tindakan iklim oleh perniagaan dalam seluruh ekosistem ekonomi digital.

MDCAP dibangunkan oleh MDEC dengan kerjasama UN Global Compact Network Malaysia - Brunei (UNGCMYB). Kohort pertama Penandatangan MDCAP terdiri daripada 28 buah perniagaan dari sektor ekonomi digital.

BayWa r.e. Expands Solar Distribution Business in Malaysia
This will enable further growth of renewable energy in the country, in line with BayWa r.e’s own goal to make solar energy more readily available throughout Southeast Asia.

Penandatangan ini akan mendapat akses kepada sumber termasuk buku panduan tindakan iklim dan kit peralatan karbon (termasuk kalkulator talian dan alatan laporan) bagi membantu mereka merangka dan melaksanakan pelan tindakan iklim yang tepat.

Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, "Ekonomi digital Malaysia mencapai 22.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun lepas dan dijangka berkembang melebihi sasaran awal sebanyak 25.5 peratus menjelang tahun 2025. Ini menjadikan ekonomi digital sebagai pemangkin utama peralihan negara kepada amalan ekonomi yang lebih mampan."

Tindakan Iklim dan Aspirasi

"Peranan sektor swasta dalam memperjuangkan amalan lestari ini amat penting dalam mencapai aspirasi negara bebas karbon. Walau bagaimanapun, kami menyedari bahawa sesetengah syarikat mungkin sukar untuk menjalankan operasi perniagaan mereka secara mampan.

"Oleh kerana itu, menerusi MDCAP, mereka akan mempunyai akses kepada pelbagai sumber dan amalan terbaik bagi membantu mencapai aspirasi mampan bersama.”

Ikrar ini sejajar dengan komitmen Kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara bebas karbon menjelang tahun 2050.

Seperti yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) Kerajaan menyasarkan pengurangan sebanyak 45 peratus dalam pelepasan gas rumah hijau terhadap KDNK menjelang 2030 berbanding garis dasar pada 2005 serta mencapai 31 peratus campuran tenaga boleh diperbaharui menjelang 2025.