IFCTF: Membanteras Jenayah Kewangan dan Pembiayaan Keganasan

Kami berharap usaha-usaha ini akan memberikan sumbangan yang kukuh kepada pembinaan sumber tempatan yang mampan bagi pengamal kewangan yang dilengkapi kebolehan dan keupayaan untuk membanteras keganasan jenayah kewangan

IFCTF: Membanteras Jenayah Kewangan dan Pembiayaan Keganasan

KUALA LUMPUR, 26 Julai 2022 — Persidangan Antarabangsa mengenai Jenayah Kewangan dan Pembiayaan Keganasan (International Conference on Financial Crime and Terrorism Financing, IFCTF) 2022 yang diadakan pada 26 – 27 Julai 2022 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur telah memberikan tumpuan pada peranan penting sektor kewangan dalam membentuk semula pertahanannya dan langkah pencegahan dalam perjuangan menentang jenayah kewangan dan pembiayaan keganasan, terutamanya dalam era Covid, ketika pergantungan terhadap teknologi kewangan berkembang selaras dengan kemunculan jenayah digital dan alam sekitar baharu.

Dianjurkan oleh Asian Institute of Chartered Bankers (AICB) dan Kumpulan Rangkaian Pegawai Pematuhan (Compliance Officers’ Networking Group), serta disokong oleh Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Pihak Berkuasa Kewangan Labuan, IFCTF 2022 menyediakan platform yang tepat pada masanya untuk komuniti pencegahan pengubahan wang haram/pencegahan pembiayaan keganasan (anti-money laundering/counter financing of terrorism (AML/CFT)) dan pencegahan jenayah kewangan bersidang dan mengadakan perbincangan penting tentang ancaman menyeluruh yang ditampilkan oleh jenayah kewangan, berkongsi pandangan dan penyelesaian yang berpotensi terhadap isu dan cabaran yang dihadapi, serta membangunkan pendekatan yang komprehensif terhadap pembanterasan jenayah kewangan dan AML/CFF menerusi kerjasama yang kukuh merentas komuniti kewangan global.

Dengan tema “Sempadan Baharu Pematuhan: Adaptasi, Transformasi, Kolaborasi”, persidangan ini menghimpunkan lebih 50 peneraju kewangan global dan pakar industri merentas Eropah, Amerika Syarikat dan Asia Pasifik. Mereka berkongsi kefahaman dan perspektif yang mendalam tentang trend mega dan perkembangan terkini dalam jenayah kewangan dan landskap AML/CFT, strategi dan dasar untuk mengurangkan risiko jenayah, teknologi yang sedang pesat berkembang dan pendigitalan dalam pematuhan, serta kepentingan etika, integriti dan kerjasama dalam pembinaan pertahanan yang teguh berdepan dengan pelbagai jenayah ini.

Bank Negara Dan Jenayah Kewangan

Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus, Gabenor, Bank Negara Malaysia, dalam ucaptama beliau berkata, “Kita kini berada di sempadan baharu pematuhan. Usaha menentang jenayah kewangan merupakan perjuangan yang melibatkan pelbagai pihak, termasuk sektor swasta, pengawal selia, agensi penguatkuasaaan undang-undang dan badan kerajaan lain, serta para pengguna. Kejayaannya bergantung kepada semua pihak melaksanakan peranan masing-masing, untuk menyesuaikan diri dengan ancaman baharu,  mentransformasikan diri mereka bagi menangani cabaran ini, dan bekerjasama untuk memelihara integriti sistem kewangan negara kita.”

Pengerusi AICB Tan Sri Azman Hashim berkata, “Sebagai satu-satunya badan profesional bagi pegawai bank di Malaysia, pembinaan keupayaan kekal merupakan antara tumpuan teras kami dan kami berada di sini untuk menyokong ahli kami dan juga industri. Bersama-sama Asian Banking School, kami terus bekerjasama rapat dengan industri dan rakan kongsi yang berkaitan untuk membina serta memperkukuh kecekapan dan set kemahiran tenaga kerja sektor kewangan  dalam pematuhan dan AML/CFT menerusi pelbagai pensijilan yang kami tawarkan. Kami berharap usaha-usaha ini akan memberikan sumbangan yang kukuh kepada pembinaan sumber tempatan yang mampan bagi pengamal kewangan yang dilengkapi kebolehan dan keupayaan untuk membanteras keganasan jenayah kewangan, dan mengekalkan keharmonian sistem kewangan yang menjadi sandaran berjuta-juta manusia.”

Prohibition Of Smoking, Vaping Of Future Generations Violates Consumer Rights
According to Article 5(1) of the FC 1957, ‘No person shall be deprived of his life or personal liberty save in accordance with the law,’ which means that the right to personal liberty includes the right to privacy.

Pengerusi CONG, Puan Faradina Mohammad Ghouse menjelaskan: “IFCTF 2022, bertemakan “Sempadan Baharu Pematuhan: Adaptasi, Transformasi, Kolaborasi”, bertujuan mempertingkatkan kesedaran dan memperdalam kefahaman tentang ancaman dan risiko yang ditampilkan oleh jenayah kewangan, pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan (ML/TF). Perkara ini adalah penting untuk pengamal pematuhan dan jenayah kewangan, yang memainkan peranan penting sebagai pelindung sistem kewangan global. Adalah mustahak industri bersatu padu melalui platform seperti IFCTF dan rangkaian industri AICB-CONG untuk memupuk ekosistem kesedaran dan kerjasama bagi memberikan impak, memahami dan memperkukuh kesiapsiagaan kita dalam membanteras jenayah kewangan dan ML/TF.”

Perbincangan di IFCTF 2022 memberikan tumpuan pada pelbagai isu mendesak, termasuk mengembalikan kepercayaan dan integriti yang lebih tinggi dalam sektor kewangan untuk membanteras rasuah, trend global dalam perbankan digital, jenayah alam sekitar, jenayah siber dan risiko kripto, serta pembiayaan keganasan dalam landskap baharu pasca-Covid-19.

Penceramah

Antara penceramah antarabangsa yang berucap di Persidangan termasuklah pakar global terkemuka mengenai jenayah kewangan yang merangkumi antara lain, Ejen Khas Shannon Bienek, Unit Rasuah Antarabangsa, Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI); Rob Phillips, Ketua Respons Kejadian & Penyiasatan Forensik Digital APAC, Kroll, Singapore; Eva Crouwel, Ketua Jenayah Kewangan, Luno, Afrika Selatan; Roro Wide Sulistyowati, Pakar Direktorat Antikorupsi mengenai Entiti Perniagaan, KPK (Komisi Pemberantasan Korupsi) Indonesia; Fabrizio Fioroni, Penasihat, Pencegahan Pengubahan Wang Haram/Pencegahan Pembiayaan Keganasan. Pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC), Thailand, Alison Kelly, Ketua Strategi dan Penglibatan, HM Treasury, United Kingdom; Ian Collins, Penasihat Bantuan Teknikal — Pencegahan Kewangan Keganasan, HM Treasury, United Kingdom; Radish Singh Partner, Perundingan Perkhidmatan Kewangan, Ketua Pengurusan Risiko Perkhidmatan Kewangan Ernst & Young, Singapura dan Michael Byrne, Ketua Pegawai Eksekutif, Institute of International Banking Law and Practice, Amerika Syarikat.

IFCTF 2022 menarik penyertaan lebih 900 delegasi daripada institusi kewangan tempatan dan antarabangsa bagi persidangan secara fizikal yang pertama selepas persidangan sedemikian terhenti selama dua tahun disebabkan oleh Covid-19.

Caption: L-R: Faradina Ghouse, CB, Chairman, AICB Compliance Officers’
Networking Group (CONG); Tan Sri Azman Hashim, FCB, Chairman,
Asian Institute of Chartered Bankers; Tan Sri Nor Shamsiah Mohd
Yunus, Governor, Bank Negara Malaysia; Dato' Seri Haji Mustafar Haji
Ali, Director-General, National Anti-Financial Crime Centre (NFCC); and
Dato’ Khairussaleh Ramli, FCB, AICB Vice Chairman, Group President &
Chief Executive Officer, Malayan Banking Berhad, at the 12th
International Conference on Financial Crime and Terrorism Financing
(IFCTF) 2022 on 26 – 27 July 2022 at the Kuala Lumpur Convention
Centre.