Grab Malaysia Memulakan Pencarian Untuk Lejen di Kalangan Rakan Grab

Mengumpulkan pengalaman dan kisah luar biasa tentang rakan pemandu & pengantar untuk anugerah tahunan Grab Lejen

Grab Malaysia Memulakan Pencarian Untuk Lejen di Kalangan Rakan Grab

Petaling Jaya, 19 Julai 2022 - Seperti kata pepatah, bukan semua adiwira memakai mantel, dan ini benar bagi pencarian Grab Lejen tahun ini.

Inisiatif tahunan Grab Malaysia ini memberi penghormatan dan ganjaran kepada rakan pemandu dan penghantar Grab yang telah melakukan sesuatu di luar tuntutan tugas mereka untuk berkhidmat kepada rakyat.

Bersempena dengan ulang tahun ke-10 Grab, pencarian wira-wira kesayangan tahun ini akan dibuat sepenuhnya melalui sumber khalayak, yang bermakna pengguna Grab dapat menghantar kisah benar mereka sendiri yang menyentuh hati sebagai pencalonan.

Mulai 19 Julai hingga 30 September 2022, pengguna Grab akan dapat menghantar kisah mereka yang menyentuh hati sebagai pencalonan melalui laman web. Pengguna Grab kemudiannya boleh mengundi "lejen" kegemaran mereka yang berjaya menawan hati rakyat Malaysia bermula 15 Oktober hingga 15 November 2022.

Grab Lejen

Mengulas tentang inisiatif Grab Lejen tahun ini, Rashid Shukor, Pengarah Operasi dan Mobiliti Negara, Grab Malaysia berkata, “Sejak pelancarannya tahun lepas, kami telah melihat perlakuan ihsan yang luar biasa daripada rakan pemandu dan penghantar kami.

“Kisah-kisah yang menyentuh hati dan penuh belas kasihan seperti ini umpama nafas yang segar dan bukti sebenar sifat rakan Grab kami yang tidak mementingkan diri, walaupun mereka mengalami kesukaran dalam kehidupan seharian. Mereka masih mampu bersikap baik kepada orang di sekeliling tanpa mementingkan diri mereka.

“Sebagai sebuah syarikat tempatan yang berusaha untuk mewujudkan impak sosial yang positif, kami didorong oleh rakan Grab kami dan ingin terus mengiktiraf dan seterusnya menggalakkan tindakan yang berhemah ini untuk tahun-tahun yang akan datang.”

Pemenang Grab Lejen tahun lepas Rizuam bin Abd. Karim menyuarakan sentimen Rashid, “Saya gembira Grab memutuskan untuk meneruskan Grab Lejen tahun ini. Dunia memerlukan sesuatu yang positif dan ia bermula daripada kita. Apabila seseorang melakukan perbuatan baik, orang yang seterusnya juga akan melakukan tindakan yang sama dan inilah cara tindakan positif disebarkan. Jika saya boleh melakukannya, sudah tentu sesiapa sahaja boleh melakukannya.”

Malaysia Committed To Sustainable, Resilient, Inclusive Development
Malaysia’s commitment to implementing the 2030 Agenda for Sustainable Development (2030 Agenda), as reflected in Malaysia’s national development blueprint, the 12th Malaysia Plan, says Dato’ Sri Mustapa Mohamed.

Kisah Rizuam menjadi tajuk utama pada tahun 2020 apabila diketahui bahawa dia menghabiskan masa berjam-jam untuk menghantar pesanan walaupun mengalami masalah pendengaran, yang tidak dibiarkannya menjadi penghalang. “Saya sangat gembira kerana sebagai rakan Grab, saya dapat membantu orang di sekeliling saya dan melihat sumbangan saya kepada masyarakat.”

Memperkasa Rakan Grab Di Belakang Tabir

Inisiatif Grab Lejen hanyalah sebahagian daripada komitmen Grab untuk impak sosial yang positif.

Di samping memberi penghormatan kepada rakan Grab teladan yang telah menunjukkan tindakan perkhidmatan yang luar biasa, Grab sentiasa mencari jalan untuk membantu semua rakan Grab untuk menyimpan dan berkembang melalui platform dengan program GrabBenefits.

GrabBenefits adalah program yang bertujuan menambah baik kehidupan rakan Grab melalui tiga kategori utama; perlindungan, penjimatan dan akademi. Faedah seperti rebat petrol, diskaun penyelenggaraan kenderaan, perlindungan insurans dan program peningkatan kemahiran membolehkan mereka menjimatkan perbelanjaan harian, mendapat perlindungan yang diperlukan dan melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan semasa mereka memperoleh pendapatan.

“Sejak 10 tahun yang lalu, komuniti rakan Grab kami telah menjadi nadi kepada semua yang Grab lakukan dan kami komited untuk terus menyokong mereka ketika mereka gigih memperoleh pendapatan melalui platform Grab. GrabBenefits merupakan salah satu cara untuk menyokong mereka yang berdedikasi dan memperkasakan mereka dengan sumber untuk memudahkan kehidupan mereka. Melalui Grab Lejen, kami berhasrat untuk memberi penghormatan kepada wira-wira kehidupan sebenar yang layak mendapat pengiktirafan. Kami berharap untuk terus membina komuniti rakan Grab yang sihat yang menyentuh kehidupan orang di sekeliling mereka, dan dengan berbuat demikian, memperkasakan mereka untuk menjadi penggalak impak sosial yang positif. Beginilah sebenarnya bagaimana legenda dilahirkan,” Rashid menjelaskan.