Foodpanda Menyantuni Sahabat Pandanya Di Zoo
Panda sering dianggap sebagai comel dan manja, ia sememangnya terkenal dengan rupanya yang ikonik, mampu menawan hati sesiapa sahaja yang melihatnya dengan serta-merta.

foodpanda Malaysia membuktikan keazaman mereka dalam usaha memulihara haiwan terancam dengan memberikan sumbangan sebanyak RM200,000 untuk panda gergasi di Zoo Negara. Cek sumbangan itu, yang telah diserahkan dalam satu majlis di Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC) pada hari ini, akan digunakan untuk menjaga kebajikan dan keselesaan haiwan comel berkenaan.
Inisiatif murni ini yang telah berlangsung selama tiga tahun berturut-turut adalah sebahagian daripada komitmen tanggungjawab sosial korporat (CSR) foodpanda yang berterusan terhadap usaha pemuliharaan panda di Zoo Negara.

Panda sering dianggap sebagai comel dan manja, ia sememangnya terkenal dengan rupanya yang ikonik, mampu menawan hati sesiapa sahaja yang melihatnya dengan serta-merta.
Dari segi reka bentuk, logo dan maskot kesukaan ramai foodpanda yang baru dilancarkan tahun ini – Pau-Pau juga adalah seekor panda (walaupun ia berwarna merah jambu!), sekali gus menjadikan sumbangan ini lebih bermakna.
Pengarah Kanan Komersial foodpanda Malaysia, Jay Ar Juan ketika mengulas mengenai inisiatif ini berkata, “Saya berasa sangat gembira kerana kami dapat bekerjasama sekali lagi dengan Zoo Negara.
Segalanya bermula pada 2020 apabila kami menyahut seruan Zoo Negara yang meminta orang ramai dan sektor korporat mengambil haiwan-haiwan di sini sebagai haiwan angkat, ekoran daripada tempoh penutupan zoo yang panjang akibat pandemik.”

“Walaupun kita telah beralih kepada fasa endemik dan pengunjung zoo telah kembali meningkat, namun kami tetap komited untuk terus memberikan sumbangan kepada panda gergasi kerana haiwan itu melambangkan jenama foodpanda dengan sifatnya yang periang, mesra dan bersemangat.
Tiada cara yang lebih baik untuk kami melahirkan penghargaan kami terhadap panda ini selain daripada membantu dan menyokong usaha pemuliharaannya.”
foodpanda Malaysia juga komited untuk memasang papan tanda arah di sekitar kawasan zoo bagi memudahkan para pengunjung mencari Pusat Konservasi Panda Gergasi, tempat di mana Xing Xing, Liang Liang, dan Sheng Yi ditempatkan. Penjenamaan itu akan menjadi papan tanda kekal di Zoo Negara, menambahkan lagi keceriaan di sekitar kawasan berkenaan.
Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly @ Rahmat bin Amat Lana, berkongsi kegembiraan beliau dengan penerusan kerjasama foodpanda ini. Tegas beliau, “Kami berasa sangat gembira kerana dapat terus kerjasama dengan foodpanda Malaysia.
Kami sememangnya sangat menyayangi panda kami dan sumbangan ini memberi peluang kepada kami untuk melindungi spesies haiwan berkenaan, membolehkan ia meninggalkan legasinya untuk generasi akan datang. Kami merancang untuk menggunakan dana yang disumbangkan oleh foodpanda dengan sebaiknya, seperti untuk penjagaan dan keperluan harian panda berkenaan.”
Berteraskan kepada identiti jenama itu yang sememangnya sudah dikenali ramai, foodpanda baru-baru ini turut melancarkan falsafah jenama Hidup Gaya Panda yang menggalakkan penggunaan agar sentiasa tenang seperti panda, dengan membenarkan foodpanda melakukan semua tugas-tugas berat, seperti membawa kegembiraan dan kemudahan kepada para penggunanya.
Majlis penyerahan sumbangan ini benar-benar mengukuhkan mantera jenama itu, menunjukkan betapa pentingnya peranan yang dimainkan oleh foodpanda sebagai platform penghantaran makanan terkemuka pada ketika ini.