Cochlear Memperluas Operasi Dan Pembuatan Global Di Malaysia

Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Cochlear, Digi Howitt, berkata, “Peluasan ini adalah kunci kepada misi kami untuk membantu ratusan ribu masyarakat di seluruh dunia untuk mendengar.

Cochlear Memperluas Operasi Dan Pembuatan Global Di Malaysia
Suzanna Zaily Zin and her daughter, Iman Aisyah, shared their experience on Iman’s journey of receiving cochlear implants

Cochlear Limited (ASX: COH), peneraju global dalam penyelesaian pendengaran implan, hari ini mengumumkan peluasan kemudahan pembuatan globalnya di Kuala Lumpur, justeru mengangkat Malaysia sebagai salah satu kuasa global dalam pembuatan dan penyelenggaraan atau pemproses bunyi implan pendengaran.

Peluasan baharu yang melibatkan lebih RM30 juta pelaburan memenuhi permintaan syarikat yang semakin meningkat bagi implan pendengaran koklea dan akustik di Malaysia dan lebih 180 negara lain di seluruh dunia. Sejak enam tahun lalu, tapak Cochlear di Malaysia telah mewujudkan lebih daripada 270 peluang pekerjaan baharu.

Dalam ucapan aluannya, Ketua Pegawai Eksekutif, MIDA, Datuk Wira Arham Abdul Rahman berkata, “Peluasan dan pelaburan Cochlear di Malaysia bukan sahaja akan mengukuhkan kedudukan kami sebagai destinasi untuk pembuatan inovatif dan maju di ASEAN, tetapi juga memperkukuhkan kedudukan sebagai destinasi pelaburan peranti perubatan terkemuka bertaraf dunia.

“Malah, Cochlear juga menyediakan pendekatan yang fleksibel untuk melatih bakat tempatan dari tahap diploma dan keatas dengan tawaran gaji menarik yang melebihi kadar gaji minimum negara. Bakat tempatan diberi pengetahuan dan kemahiran yang tidak terhad kepada peranti perubatan sahaja tetapi juga boleh diaplikasikan dalam pelbagai industri.”

Top eCommerce Companies Losing Money Due To Basic Checkout Errors
99% percent of Malaysian customers said it was important for a website to provide the common payment methods

Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Cochlear, Dig Howitt, berkata, “Peluasan ini adalah kunci kepada misi kami untuk membantu ratusan ribu masyarakat di seluruh dunia untuk mendengar.

Di samping meningkatkan keupayaan kami untuk menghasilkan lebih banyak pemproses bunyi, Pusat Pengedaran Global baharu ini akan menyokong kecekapan logistik dan faedah kemampanan melalui pengurangan jarak perjalanan antara kami dengan pembekal.

Kami amat berterima kasih atas sokongan padu dan kerjasama daripada MIDA, MOH dan AMMI yang telah membolehkan kami terus berkembang di Malaysia, menjadikan Kuala Lumpur sebagai tapak ketiga terbesar kami dalam rangkaian Cochlear.”

Majlis tersebut turut dihadiri Olyvia kua Yu Qin, 10, dari Tawau Sabah yang lahir dengan kehilangan pendengaran yang serius. Kehilangan pendengaran Olyvia didiagnosis pada usia 20 bulan, dan telah menerima implan Cochlear pada usia 2 tahun.

Olyvia berkata, “Saya dilahirkan pekak. Ia adalah satu kejutan besar buat ibu bapa saya. Kini saya boleh mendengar dan bercakap dengan bantuan implan Cochlear saya. Mula-mula, saya perlu berusaha dengan lebih gigih untuk belajar mendengar, tetapi kini membaca, berdrama, berlakon, menyanyi dan menari telah menjadi kegemaran saya.”

Tapak yang diperluas akan menghasilkan dan menyelenggarakan pemproses bunyi Cochlear dan implan akustik yang terkini dan tercanggih. Dengan lebih 300 pekerja, tapak kemudahan yang merangkumi kawasan seluas 50,000 kaki persegi juga merangkumi perkhidmatan logistik global, rantaian bekalan dan teknologi maklumat.

Sebagai sebahagian daripada sasaran global Cochlear untuk mencapai sasaran karbon sifar bersih menjelang 2030, aktiviti penghasilan di tapak pembuatan ini juga dikuasakan oleh 100% tenaga boleh diperbaharui. Inisiatif ini adalah sejajar dengan visi negara untuk mencapai sasaran karbon sifar bersih menjelang 2050. Selain itu, tapak di Malaysia adalah salah satu daripada lapan lokasi operasi global yang menyelia reka bentuk, pembangunan, penghasilan dan pembekalan untuk syarikat yang beribu pejabat di Australia itu.