CGC Iktiraf Rakan Kongsi Kewangan Dan Pelanggan PKS Di Anugerah FI/DFI & PKS

Anugerah TPUB-i Exemplary Customer adalah untuk pelanggan PMKS CGC Tabung Projek Usahawan Bumiputera-i (TPUB-i) dengan bilangan kontrak tertinggi yang disiapkan dan pengendalian akaun yang baik.

CGC Iktiraf Rakan Kongsi Kewangan Dan Pelanggan PKS Di Anugerah FI/DFI & PKS
Tengku Datuk Seri Utama Zafrul (di-tengah), Mohammed Hussein, CGC, Mohd Zamree Mohd Ishak dengan pemenang-pemenang Institusi-Institusi Kewangan dan Institusi-Institusi Kewangan Pembangunan

KUALA LUMPUR, 2 Ogos -- Credit Guarantee Corporation Malaysia (CGC) telah mengadakan majlis Anugerah FI/DFI & PKS 2021 yang ke-27 di Hotel Shangri-la Kuala Lumpur pada 29 Julai 2022. Majlis ini dirasmikan oleh Yang Berhormat  Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan, turut hadir ialah Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Institusi-Institusi Kewangan dan Institusi-Institusi Kewangan Pembangunan serta para perwakilan daripada dewan perdagangan, agensi dan media.

Majlis anugerah tahunan ini diadakan sempena sambutan Jubli Emas CGC (1972-2022), mengiktiraf rakan-rakan kongsi industri CGC kerana menyokong perkembangannya sejak penubuhan sebagai penyedia jaminan tradisional sehingga menjadi rakan kongsi sepenuhnya kepada PMKS.

Sejak tahun 1995, majlis anugerah tahunan ini meraikan pelanggan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) CGC dengan rekod prestasi dan pengurusan kewangan yang baik dalam memajukan dan mengembangkan perniagaan mereka.

Majlis ini juga ialah platform bagi CGC untuk mengiktiraf FI dan DFI serta rakan-rakan strategik CGC atas komitmen dan sokongan mereka dalam menyediakan kemudahan akses pembiayaan kepada PMKS melalui produk-produk kewangan mereka.

Pada majlis tahun ini, terdapat 31 anugerah yang diberikan kepada pemenang-pemenang yang terdiri daripada 16 anugerah untuk Institusi-Institusi Kewangan dan Institusi-Institusi Kewangan Pembangunan, 14 anugerah untuk PMKS, satu anugerah untuk Rakan Bukan Institusi Kewangan (Non-FI Partner) ini adalah kategori baharu yang diperkenalkan pada tahun 2021.

Tengku Zafrul menyampaikan anugerah kepada Institusi-Institusi Kewangan dan Institusi-Institusi Kewangan Pembangunan, yang disaksikan oleh Pengerusi CGC, Dato' Mohammed Hussein dan Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Mohd Zamree Mohd Ishak.

Novartis Malaysia and Institut Jantung Negara Jointly Collaborate To Tackle Atherosclerotic Cardiovascular Disease
1st ever scientific partnership in the treatment paradigm of Atherosclerotic Cardiovascular Disease (ASCVD) aiming to help patients improve the management of the disease through better care and transformative therapies

PKS

Bagi kategori PKS, anugerah-anugerah berikut telah disampaikan kepada pemenang yang layak:

1. Anugerah TPUB-i Exemplary Customer adalah untuk pelanggan PMKS CGC Tabung Projek Usahawan Bumiputera-i (TPUB-i) dengan bilangan kontrak tertinggi yang disiapkan dan pengendalian akaun yang baik.

2. Anugerah Merdeka yang diperkenalkan pada tahun 2021 adalah untuk menggalakkan keterangkuman, kerjasama substantif dan usaha sama antara pelbagai kaum. Kerjasama substantif ini harus diberi tumpuan,  di mana semua rakan kongsi terlibat secara aktif kerana kecekapan hanya boleh diperoleh melalui pengalaman serta penyertaan yang aktif dan ia adalah elemen utama dalam membina daya tahan.

3. Anugerah Top Rebate Customer diberikan kepada PMKS yang menguruskan pembiayaan dan memenuhi kewajipan kewangan mereka dengan baik.

4. Anugerah Top Graduate Customer mengiktiraf PMKS yang mempunyai kedudukan kredit yang baik dan kini mampu mendapatkan pembiayaan daripada FI tanpa jaminan daripada CGC.

Bagi kategori institusi-institusi kewangan dan kewangan pembangunan, 16 anugerah telah disampaikan untuk mengiktiraf rakan-rakan kongsi CGC yang cemerlang atas komitmen dan sokongan mereka dalam menyediakan kemudahan akses pembiayaan kepada PMKS, serta membantu PMKS Malaysia dalam pemulihan perniagaan dan membolehkan perniagaan mereka menjadi lebih berdaya tahan melalui penerimaan pakai pendigitalan semasa fasa pandemik dan endemik.

Pada tahun 2021, CGC telah memperkenalkan kategori baharu iaitu Anugerah Top Non-FI Partner untuk mengiktiraf rakan kongsi Bukan-FI yang cemerlang atas sumbangan mereka dalam membantu PMKS mendapatkan pembiayaan. Rakan kongsi bukan-FI memainkan peranan penting dalam membangunkan PMKS yang dinamik dan berdaya tahan melalui pembiayaan alternatif.

GEG Wipes Out Coffee Shop Business
The GEG makes life even harder for coffee shop operators encountering staff shortages and a competitive illegal cigarette market

CGC100

Pada majlis anugerah itu, YB Senator Tengku Zafrul turut melancarkan CGC100, program keusahawanan belia, hasil kerjasama antara CGC dan Yayasan PINTAR. Khazanah Nasional Berhad adalah Ahli Pengasas PINTAR dan ia juga disokong oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

CGC100 bertujuan untuk menerapkan keusahawanan di kalangan belia dan menggalakkan keusahawanan sebagai pilihan kerjaya. Program pembangunan kompetensi belia mengenai keusahawanan ini memfokuskan kepada pembangunan kemahiran baharu (up-skilling), memperkasa kemahiran belia sedia ada (re-skilling), dan menyilangkan belia dengan kemahiran lain (cross-skilling). CGC100 menawarkan program Laluan Pantas enam bulan dan program Laluan Komprehensif 12 bulan.

Program Laluan Pantas disasarkan untuk mendaftarkan pelajar dan individu daripada KPM/TVET, berumur 19 hingga 23 tahun daripada ekonomi gig dengan beberapa kemahiran asas dalam keusahawanan. Manakala Program Komprehensif menjurus kepada belia, berumur 18-20 tahun dengan pengetahuan minimum tentang kemahiran keusahawanan.

Kedua-dua program perintis ini tersedia kepada belia daripada komuniti B40/M40 di Lembah Klang/Selangor. Strategi CGC100 dirangka untuk memperkasakan golongan belia dengan kemahiran insani dan latihan keusahawanan yang membolehkan mereka membina produk dan perkhidmatan untuk tujuan perniagaan.

ESG

Dalam menyampaikan ucapannya, YB Tengku Datuk Seri Utama Zafrul berkata, “Sektor PMKS yang kukuh akan menyumbang kepada ekonomi Malaysia yang lebih kukuh. Selain daripada digitalisasi, PMKS juga harus merangkul prinsip-prinsip kemampanan, untuk memastikan perkembangan akses kepada pasaran berasaskan ESG dan pembiayaan berasaskan ESG. Untuk itu, bank-bank dan institusi-institusi kewangan memainkan peranan penting dalam memudahkan peralihan PMKS kepada amalan mampan dan rendah karbon, dan jika perlu, membimbing PMKS dalam mencapai sasaran ESG mereka.”

Dato' Mohammed Hussein dalam ucapan alu-aluannya berkata, "CGC sedar bahawa kita perlu memainkan peranan bukan sahaja berorientasikan pertumbuhan tetapi juga peranan kitaran balas untuk membantu sektor PMKS pada masa yang sukar. Dua tahun yang lalu adalah masa yang sukar bagi PMKS. Walaupun pemulihan sedang berkembang untuk sesetengah perniagaan, banyak PMKS masih berjuang untuk membina semula dan meningkatkan perniagaan mereka, malah ada yang perlu memulakan semula perniagaan mereka. Ini jelas terbukti apabila kita melawat bandar-bandar utama dan kelihatan masih banyak kedai dan pejabat tidak beroperasi.

Cigarette Ban A Major Impact On The Logistic Industry
It is unfair for legal entities such as ours. We pay tax and contribute to the country, while illegal entities evade tax, and their business continues to flourish.

Sehubungan dengan dua tahun lalu yang mencabar, kami bersama dengan rakan-rakan kongsi institusi kewangan menyediakan akses pembiayaan pelbagai skim yang telah disediakan oleh kerajaan dan Bank Negara Malaysia untuk membantu PKS membina semula perniagaan mereka. Ini juga memaksa kami untuk mengkaji semula keberkesanan CGC untuk memastikan kesediaan operasi kami adalah sejajar dengan keperluan semasa PMKS.

Berikutan usaha sama dengan rakan-rakan kongsi institusi kewangan kami dan kesan meluas akibat penutupan ekonomi pada PMKS serta kadar pemulihan mereka dari April 2020 hingga Jun 2022, CGC telah menyediakan jaminan berjumlah RM13.2 bilion untuk PMKS yang mana RM6.1 bilion adalah untuk Kemudahan Bantuan Khas (SRF) dan Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar (TRRF), dan RM5.6 bilion untuk skim jaminan portfolio/jaminan borong. Sejak penubuhannya pada tahun 1972, CGC telah membantu 360,000 PMKS dan memanfaatkan lebih daripada 516,909 jaminan dan pembiayaan bernilai lebih daripada RM89.0 bilion, dengan purata RM1.78 bilion setahun. Sebelum pandemik, pada tahun 2018, CGC menyediakan jaminan bernilai RM2.84 bilion dan RM3.32 bilion pada tahun 2019. Pada masa kini, CGC menguruskan 62,276 akaun aktif PMKS (kumulatif setakat bulan Jun 2022)."

Berkenaan dengan ekonomi gig yang akan menjadi sektor pertumbuhan utama dan kebanyakkanya disertai oleh usahawan muda, Dato' Muhammad Hussein berkata bahawa penyediaan akses pembiayaan kepada usahawan muda ini adalah sama penting dengan penanaman kemahiran dan nilai-nilai yang akan membina daya tahan pada masa yang baik dan ketika melalui waktu yang mencabar.

Untuk membangunkan kemahiran ini dan menanamkan nilai teras, CGC akan melancarkan CGC100 iaitu Program Keusahawanan Belia, tidak lama lagi. Beliau berkata,

"Aspirasi kami adalah agar para belia mempunyai pemahaman yang baik untuk mengenal pasti dan menilai peluang perniagaan apabila mereka menamatkan program ini.

"Mereka juga akan diberi peluang untuk membentangkan idea daya maju mereka dan berkemungkinan mendapat pembiayaan daripada CGC."