Canon Rai 48 Kanak-kanak di LEGOLAND® Malaysia Resort

Semasa aktiviti ini dijalankan, kanak-kanak berkenaan turut diberi peluang untuk menggunakan kamera Canon bagi mengambil gambar-gambar aktiviti sepanjang hari itu dan mencetak foto mereka untuk disimpan sebagai kenangan.

Canon Rai 48 Kanak-kanak di LEGOLAND® Malaysia Resort
Kanak-kanak diraikan sepanjang hari dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Canon

JOHOR BAHRU, 28 Oktober 2022 - Canon Marketing Malaysia menyebarkan keceriaan kepada 48 kanak-kanak dari Pertubuhan Kebajikan Shande Johor Bahru dan Rumah Anak-Anak Yatim Shafar dengan menganjurkan lawatan penuh keriangan di LEGOLAND® Malaysia Resort.

Sesi lawatan hujung tahun ini ke taman tema tersebut merupakan sebahagian daripada program berterusan Canon bagi membantu masyarakat yang kurang bernasib baik.

Kanak-kanak tersebut diraikan sepanjang hari dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Canon. Antara aktiviti utamanya ialah lawatan ke Teater 4D tajaan Canon di LEGOLAND Malaysia.

Ini kemudiannya diikuti dengan pelbagai aktiviti berbentuk pendidikan seperti Program Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) LEGOLAND® Malaysia.

Semasa aktiviti ini dijalankan, kanak-kanak berkenaan turut diberi peluang untuk menggunakan kamera Canon bagi mengambil gambar-gambar aktiviti sepanjang hari itu dan mencetak foto mereka untuk disimpan sebagai kenangan.

What’s New In The State of Climate Action 2022
Of the 40 indicators assessed in the report, none are on track to reach their 2030 targets. Six are heading in the right direction at a promising but insufficient speed

Canon sentiasa komited dalam usaha membantu masyarakat kurang bernasib baik dan sesi lawatan ke LEGOLAND® Malaysia ini memberikan peluang kepada kanak-kanak tersebut untuk turut sama merasai pengalaman pembelajaran penuh keriangan menerusi sesi lawatan sambil belajar ini.

“Kami berasa amat gembira kerana dapat memupuk kreativiti serta semangat untuk meneroka dan menjelajah dalam kalangan generasi depan menerusi kerjasama ini.

“Di Canon, kami percaya dalam penyepaduan dengan masyarakat tempatan demi kesejahteraan semua di bawah falsafah ‘Kyosei’ kami,” ujar Ketua Canon Marketing Malaysia Cawangan Johor Bahru, Benny Tai.

Dilantik sebagai Rakan Pengimejan Rasmi LEGOLAND® Malaysia sejak sedekad yang lalu tatkala taman tema itu baru dibuka, Canon berbesar hati kerana dapat mengukuhkan komitmennya terhadap kerjasama tersebut ketika taman tema itu sedang meraikan ulang tahunnya yang ke-10.

Selaras dengan matlamatnya untuk menggunakan ‘Pengimejan demi Kebaikan’ atau ‘Imaging for Good’ dan, dengan menyediakan penyelesaian pengimejan penting seperti kamera, mesin salin dan pencetak, syarikat itu telah berjaya membantu meningkatkan pengalaman para pengunjung LEGOLAND® Malaysia ke satu tahap yang lebih tinggi.

Semasa sambutan ulang tahun LEGOLAND® Malaysia yang ke-10, Pengarah Jualan dan Pemasaran LEGOLAND® Malaysia,

Thila Munusamy memuji komitmen Canon dalam usaha menawan hati para pelanggannya dengan menawarkan produk dan perkhidmatan yang dapat membantu merakamkan detik-detik indah, pengembaraan, dan ekspresi kreatif.