Canon Berpadu Tenaga Dengan ASWARA Bagi Mengangkat Martabat Industri Kreatif

MOU tersebut selari dengan inisiatif sosial Canon dalam memupuk masyakat lestar dengan peluang saksama untuk semua dan meletakkan rangka kerja asas untuk sebuah kerjasama strategik.

Canon Berpadu Tenaga Dengan ASWARA Bagi Mengangkat Martabat Industri Kreatif
Shunji Yoshikai, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Canon Marketing Malaysia bersama Profesor Ts Dr Ruslan Abdul Rahim (Rektor ASWARA) - Pix Provided

SHAH ALAM 16 November 2022 – Sebagai sebahagian daripada aktiviti khidmat bakti masyarakatnya yang berterusan ke arah memupuk dan mendidik bakat masa depan dalam industri kreatif, Canon Marketing Malaysia, telah mengesahkan kerjasama dengan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) menerusi MoU yang dimeterai oleh kedua-dua pihak.

Ianya selaras dengan Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN 2021) ke arah mewujudkan sebuah masyarakat budaya nilai tinggi menerusi pembangunan kesenian, di samping menyediakan sebuah platform yang membolehkan lebih ramai lagi artis, artisan dan karyawan kreatif mempamerkan bakat dan kepelbagaian mereka kepada orang ramai – diiktiraf oleh MOTAC.

MOU tersebut selari dengan inisiatif sosial Canon dalam memupuk masyakat lestar dengan peluang saksama untuk semua dan meletakkan rangka kerja asas untuk sebuah kerjasama strategik.

Kerjasama itu melibatkan perkongsian kepakaran antara kedua-dua pihak bagi membantu memupuk dan mengangkat martabat sektor kreatif dan pembangunan budaya Malaysia.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Canon Marketing Malaysia, Shunji Yoshikai‌‌berkata, “Bagi mencipta peluang yang mampu memberikan impak positif, Canon‌‌mengakui bahawa pendidikan adalah asas permulaan yang penting ke arah memupuk bakat masa depan.

Teknologi kami yang serba canggih membuka peluang kepada kami untuk membantu membangunkan dan mengangkat martabat industri kreatif Malaysia.

Kerjasama kami ini mengesahkan lagi komitmen kami dalam menyokong usaha kerajaan ke arah melaksanakan agenda pembangunan budaya, di samping menyediakan saluran dan peralatan yang diperlukan oleh golongan muda bagi menerokai pelbagai ekspresi artistik.”

Cute Cat Sleeping On Shovel - Latest Malaysia
One thing for sure, regardless if you’re a cat lover or not, seeing an adorable kitten sleeping will definitely make your day.

Universiti itu telah membawa Canon dan enam (6) lagi kolaborator lain yang akan‌‌bersama-sama mengukuhkan lagi kualiti pengajian yang ditawarkan di ASWARA dengan memberikan pandangan berharga tentang kemahiran dan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan industri.

Pelbagai program kerjasama sedang dirancang bagi membantu para pelajar mendapat peluang yang lebih besar untuk memajukan pembangunan kerjaya mereka.

“Kerjasama strategik ini selari dengan objektif Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN 2021), yang memberikan tumpuan kepada bidang seni, budaya, dan warisan di dalam konteks media dan penciptaan.

“Kerjasama ini bukan sahaja dapat memberi manfaat kepada semua pihak, malah ia turut membuktikan betapa pentingnya kerjasama yang dapat memberikan impak di antara akademia dan industri.

“Kami berharap semoga kerjasama ini akan memberikan nilai tambah dalam meningkatkan pembangunan akademik kami, dan pada masa sama mempromosikan ASWARA di peringkat global,” kata Rektor ASWARA, Profesor Ts. Dr. Ruslan Abdul Rahim.

Tujuh organisasi mengesahkan kerjasama mereka dengan ASWARA bagi memartabatkan industri kreatif Malaysia

Memandangkan pendidikan adalah salah satu daripada aktiviti khidmat sosial utama Canon, syarikat itu komited untuk menyediakan penyelesaian pengimejan dan perkongsian teknologi penting oleh pakar industri dengan ASWARA bagi mencipta peluang untuk para pelajar dan menggunakan sepenuhnya keupayaannya bagi membantu mengangkat martabat karya kreatif para pelajar.

Shunji Yoshikai, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Canon Marketing Malaysia berkongsi aspirasi Canon ke arah mewujudkan sebuah masyarakat di mana semua orang dapat hidup dan bekerjasama sambil melawat

Berpandukan kepada prinsip ‘Kyosei’ mereka untuk bekerjasama demi kebaikan semua, mereka juga akan memainkan peranan sebagai rakan industri utama untuk pelajar ASWARA dari segi libat urus, kerjasama penyelidikan dan pendedahan kerjaya.