Bosch dan Sunway menggalakkan kesejahteraan mental di kalangan 'frontliners'

Well-being Haven akan dibuka untuk dialami oleh orang awam di Sunway Velocity Mall dari jam 10 pagi pada 29 September hingga jam 10 malam pada 2 Oktober.

Bosch dan Sunway menggalakkan kesejahteraan mental di kalangan 'frontliners'

Kuala Lumpur – Rehat yang bermutu dalam persekitaran yang tenang berperanan penting kepada kesihatan mental yang baik, terutamanya bagi golongan dalam profesion tekanan tinggi.

Tercetus daripada empati kepada petugas penjagaan kesihatan barisan hadapan dengan beban kerja yang meningkat dengan ketara semasa pandemik Covid-19, Bosch sebagai pembekal teknologi dan perkhidmatan global yang terkemuka, kini melancarkan Projek Well-being Haven di bawah kolaborasi dengan Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV).

Trigometric Launches NumisArt, A New NFT Trading Platform
Malaysia’s largest collectible auctioneer leverages on blockchain technology to add a new dimension to numismatic collecting and trading

“Malaysia telah memasuki fasa endemik selama 6 bulan. Sama ada endemik atau pandemik, petugas penjagaan kesihatan tidak dapat dinafikan salah satu profesion yang paling mencabar dengan tekanan dan ketegangan masa yang tinggi. Persekitaran unggul yang menawarkan hero dan heroin yang tidak diberikan penghargaan ini rehat yang bermutu adalah tidak ternilai.

“Melalui reka bentuk semula bilik doktor SMCV, kami berharap untuk mewujudkan ruang yang memberikan perasaan berada di rumah sendiri – ruang yang penuh dengan kehangatan, keselesaan dan privasi untuk memulihkan kekuatan,” kata Klaus Landhaeusser, pengarah pengurusan Bosch Malaysia.

Menurut penemuan Bosch, 82 peratus petugas penjagaan kesihatan Malaysia mengesahkan peningkatan kerja lebih masa dan syif malam semasa pandemik.

Projek Well-being Haven yang berasaskan pengalaman ini menyasarkan penambahbaikan persekitaran kerja untuk petugas penjagaan kesihatan dengan menyediakan kawasan pemulihan sesuai yang dilengkapi penyelesaian dan teknologi Bosch.

Kecenderungan kepada ruang berehat yang lebih memuaskan telah dicerminkan dalam satu kaji selidik yang dilaksanakan oleh Bosch di kalangan hampir 2,000 orang petugas penjagaan kesihatan di Malaysia.

Demi menyahut keperluan tersebut, Bosch telah menerajui projek ini dengan menaik taraf ruang istirahat yang sedia ada kepada ruang yang memberikan perasaan alu-aluan, ketenangan, dan suasana kondusif untuk beristirahat dan memulihkan kekuatan.