BMW Z4 sDrive30i M Sport Baharu Naik Taraf

Jentera roadster bercirikan bumbung terbuka dan dua tempat duduk ini tiba dengan pengemaskinian baharu, sekali gus memperkayakan lagi prestasi dinamik BMW Z4 sDrive30i M untuk menjamin pengalaman pemanduan yang lebih mewah dan sporty

BMW Z4 sDrive30i M Sport Baharu Naik Taraf
BMW Z4 ini akan menginjak ke fasa yang baharu dalam hayatnya - Pix Provided

BMWMalaysia  telah  memperkenalkan  ahli  baharu  dalam  famili roadster BMW –BMW Z4 sDrive30i M Sport baharu, yang melambangkan komitmen jenama ini untuk membawakan barisan jentera roadster yang mampu bergemerlapansebagai ikon citarasa pemanduan yang sebenar.

Sejak ia dirungkaikan pada tahun 2018, jentera BMW Z4 ini telah  menunjukkan kejayaan  yang memberangsangkan dalam segmennya dan telah menempa nama atas keupayaan lasaknya di atas jalan raya, dan keranaaneka ciriserba canggih yang ia bawakan bersama.

Kini, setelah empat tahun berlalu, BMW Z4 ini akan menginjak ke fasa yang baharu dalam hayatnya menerusi reka bentuk dan modifikasi kelengkapan yang dinaik taraf. BMW Z4 sDrive30i M Sport kini membawakan struktur gril ‘kidney’ serba baharu yang menonjolkan iras progresif dari sudut hadapan.

Ia masih mengekalkan geometri kerangka gril ‘kidney’ yang sama, namun strukturnya kini membawa penambahan baharu dengan garisan-garisan melintang pada komponen bak jejaring yang terletak pada muncungnya, lalu menyerlahkan lagi perwatakan roadster ikonik ini yang garang dan tersendiri.

Global Advertising Industry Experts Head To Malaysia
While the WOO’s APAC Forum is bringing global industry starlets to Malaysia, TAC Media is to lead the charge to ensure the forum’s success

Mengiringi gril ‘kidney’ hitam yang baharu ini ialah salur masuk udara sisi yang diperbaharui, di samping Garisan Bayang (Shadowline) M berglos tinggi dengan konten lanjutan sebagai standard.

Transmisi Steptronic Sport dan brek M Sport yang sama juga terus disediakansebagai standard, dan roadster tersebut kini membawakan suspensi Adaptive M. Akhir sekali, satu lagi rangkumanyang turut menaik taraf BMW Z4 sDrive30i M Sport baharu ialah set roda aloi ringan dwiruji M dalam saiz 19 inci.

BMW Z4 sDrive30i M Sport Baharu Naik Taraf - Pix Provided

Bagi  interiornya pula, pengemaskinian hadir dalam bentuk kemasan trim interior  bermaterialkan Aluminium Mesheffect. Di ruang kabin, kelengkapan yang biasa dilihat pada roadster ini masih dikekalkan bagi menonjolkan elemen keselesaan dan kekayaan aneka kemudahan, seperti Papar Pandu BMW dan Bantuan Parkir, BMW Live Cockpit Professional, kerusi M Sport untuk pemandu dan penumpang hadapan, serta upholsteri kulit Vernasca serba mewah.

Di samping tawaran  warna  eksterior sedia ada yang meliputi Alpine White, Black Sapphire dan San Francisco Red, BMW Z4 sDrive30i M Sport kini juga membawakan tiga warna baharu yang menawan: Skyscraper Grey, Thundernight Metallic dan  Portimao Blue. Sementara itu, warna bagi upholsteri interior pula meliputi kulit Vernasca dengan dekor hitam dan sulaman hitam, dekor Ivory White dengan sulaman hitam, dekor Magma Red dengan sulaman hitam, atau dekor Cognac dengan sulaman hitam.