BMW Malaysia perkenal varian M Sport bagi famili jentera mewah BMW X7

Pengeluar kenderaan premium meluaskan lagi portfolio kenderaan SAV (Sports Activity Vehicle) serba mewah miliknya yang dipasang di dalam negara dengan varian BMW X7 yang baharu, menyusuli varian eksklusif Pure Excellence yang dirungkaikan sebelum ini.

BMW Malaysia perkenal varian M Sport bagi famili jentera mewah BMW X7
BMW X7 xDrive40i M Sport - Mineral White


BMW Malaysia telah memperkenalkan varian M Sport bagi jentera BMW X7, menawarkan pengguna iterasi “The President” serba baharu yang kini lebih berpandukan prestasi. BMW X7 xDrive40i M Sport baharu menambah rencah dinamik dan keagresifan pada barisan jentera BMW X7 yang sinonim dengan keelegenan dan keluasan.

Dipasang di Malaysia, BMW X7 xDrive40i M Sport turut hadir dengan pakej M Aerodynamics sebagai standard, membekalkan SAV mewah ini iras yang lebih lasak dan garang. Lalu ia disempurnakan dengan rangkuman set roda 758 M Alloy bersaiz 22 inci, di samping brek M Sport dan garisan eksterior aluminium ‘Individual’.

BMW X7 xDrive40i M Sport baharu dikuasakan oleh enjin enam silinder sebaris dengan pengecas turbo berkembar dan kapasiti 3.0 liter, yang mampu menjana 340 kk serta 450 Nm tork, dan ia digandingkan dengan Transmisi Automatik Sport 8 Kelajuan.

Rangkuman yang menjadi tumpuan dalam BMW X7 juga turut dibawakan oleh varian baharu ini, ia meliputi fungsi Executive Drive Pro, Integral Active Steering dan sistem pacuan semua roda xDrive. Varian SAV premium terbaharu ini juga mengekalkan konfigurasi tujuh tempat duduk, Bumbung Kaca Panorama, BMW Laserlight, serta BMW Display Key.

Di dalam, BMW X7 xDrive40i M Sport masih membawakan aneka komponen yang diperbuat daripada kaca di konsol sentral, selain sistem bunyi keliling Harman Kardon dan BMW Live Cockpit Professional untuk sentuhan kemewahan – disinambungkan dengan rangkuman stereng berkulit M Sport yang terbaharu. Trim kayu halus dalam rona hitam yang serba baharu juga boleh dilihat menghiasi ruang kabin.

6 things To Look For In A Messaging App With Privacy And Security In Mind
Default end-to-end encryption is a must for anybody concerned about the privacy of their communication when sharing messages, photos, videos, voice messages, documents, or making calls.

Penumpang dapat terus menikmati upholsteri kulit tulen Vernasca yang serba mewah, disediakan dalam tiga warna istimewa: Vernasca Cognac, Vernasca Coffee dan Vernasca Black. Malah pemilik juga masih dapat memanfaatkan fungsi Bantuan Memandu dengan Kawalan Luncur Aktif dan fungsi Mula & Henti, di samping Parking Assistant Plus yang didatangkan bersama seunit kamera 360˚.

Tawaran warna bagi jentera BMW X7 xDrive40i M Sport baharu merangkumi Black Sapphire, Mineral White dan Manhattan Metallic. Manakala warna Arctic Grey Brilliant Effect pula ditawarkan secara eksklusif bagi varian M Sport ini sahaja.

Program pembiayaan dinamik

Dengan ‘Easy Drive Financing Plan’ yang ditawarkan oleh BMW Group Financial Services Malaysia, BMW X7 xDrive40i M Sport baharu boleh dimiliki menerusi pelan ansuran bulanan yang bermula daripada RM 8,800.00 (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80% bagi tempoh lima tahun).

Pengalaman pemilikan premium yang menyeluruh.

Pemilik jentera BMW X7 xDrive40i M Sport terbaharu ini juga dapat menikmati Pengalaman Pemilikan Premium yang dijanjikan oleh BMW Group Malaysia, ia meliputi:

• Waranti Tanpa Had Perbatuan Bertempoh 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma

• Bantuan Tepi Jalan dan Talian Kemalangan oleh BMW

• Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ - Kad Keistimewaan BMW

• Servis Dalam Talian BMW

Harga jualan bagi BMW X7 xDrive40i M Sport baharu dengan Inklusif Servis dan Pembaikan BMW serta Cukai Jualan dan Perkhidmatan (atas jalan, tanpa insurans) ialah:

BMW X7 xDrive40i M Sport Baharu   RM 728,800.00

Untuk maklumat lanjut mengenai BMW X7 xDrive40i M Sport baharu, para pelanggan boleh menghubungi wakil pengedar BMW pilihan mereka atau layari.