Aonic Dilantik Sebagai Pusat Perkhidmatan Rasmi DJI Enterprise

Pelantikan Aonic sebagai Pusat Perkhidmatan Rasmi DJI Enterprise pertama di Malaysia akan mengurangkan kadar masa henti kerja kerana penyelenggaraan dan pembaikan boleh dilakukan di dalam negara.

Aonic Dilantik Sebagai Pusat Perkhidmatan Rasmi DJI Enterprise

KUALA LUMPUR; 29 September 2022 - Aonic (dahulunya dikenali sebagai Poladrone), merupakan rakan kongsi DJI Enterprise sejak 2017 yang kini bergelar Gold Partner, telah dilantik sebagai Pusat Perkhidmatan Rasmi DJI Enterprise pertama di Malaysia.

Pelantikan ini meningkatkan keupayaan Aonic untuk menyediakan kepakaran dan perkhidmatan kepada pelanggan perusahaan yang memerlukan  sokongan teknikal dan penyelenggaraan dron.

Dengan penjenamaan serba baharu, Aonic mempunyai lima vertikal perniagaan - Pertanian, Perindustrian, Perkhidmatan, Peruncitan dan Akademi, yang bertujuan untuk menyediakan ekosistem yang holistik melangkaui keupayaan terasnya yang berpaksikan dron.

DHL Express Pioneers Electrification of The Delivery Fleet in Malaysia
First logistics provider in the country to deploy six electric vehicles for last-mile deliveries and by 2023, DHL will have 61 electric vehicles serving Malaysia. This is part of DHL’s efforts to electrify 60 percent of the last-mile delivery fleet by 2030

Malaysia merupakan pasaran dron yang penting di rantau ini kerana ia dijangka menyumbangkan RM50bil dalam KDNK dan menawarkan 100,000 peluang pekerjaan menjelang tahun 2030 berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Malaysian Research Accelerator for Technology Innovation (MRANTI).

Dengan pertumbuhan pesat dalam aplikasi dron perindustrian di Malaysia dan negara lain di Asia Tenggara, penyedia penyelesaian semua-dalam-satu itu terus membina pasukan pakar dalamannya yang terdiri daripada pakar R&D, operasi, penyelenggaraan, khidmat selepas jualan, perisian dan latihan.

Aonic RPTO

Aonic juga merupakan Remote Pilot Training Organisation (RPTO) pertama yang dilantik CAAM di Malaysia, sekaligus memastikan sokongan latihan untuk memastikan dron dikendalikan dengan selamat dan tepat.

Komitmen menyeluruh untuk menyediakan penyelesaian menyeluruh dan melengkapkan diri dengan pemahaman mendalam tentang pelbagai industri telah membuka jalan kepada pelantikan Aonic sebagai Pusat Perkhidmatan Rasmi DJI Enterprise yang pertama di Malaysia.

“Syarikat kami bermula dengan berbekalkan semangat untuk membawa keupayaan transformatif teknologi dron kepada para usahawan dan ahli perniagaan yang berbakat.

“Dengan perkembangan teknologi dron yang digunakan merentasi pelbagai spektrum aplikasi di Malaysia, matlamat kami kini adalah untuk membina satu ekosistem  yang kehadapan bagi memajukan ahli perniagaan tradisional. Pelantikan sebagai Pusat Perkhidmatan Rasmi DJI Enterprise yang pertama di Malaysia merupakan bukti komitmen kami untuk menyediakan penyelesaian menyeluruh yang disesuaikan untuk keperluan perniagaan pelanggan kami,” kata Cheong Jin Xi, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Aonic.

“DJI Enterprise memberi fokus untuk mengembangkan teknologi dron dengan menyediakan bukan sahaja penyelesaian yang lebih mudah alih dan cekap, tetapi juga perkhidmatan setempat. Aonic telah membuktikan secara konsisten komitmen mereka untuk memastikan bahawa kami dapat bersama-sama mengukuhkan lagi reputasi DJI dalam menyediakan penyelesaian inovatif kepada perusahaan yang ingin meningkatkan keupayaan operasi harian mereka,” kata Holly Huo, Pengurus Jualan Asia Tenggara, DJI Enterprise.

Pusat Servis

Pusat servis Aonic tempatan akan menjamin servis penyelenggaraan dan pembaikan yang lebih pantas untuk para pelanggan dengan sokongan pasukan jurutera dalaman Aonic yang dilatih khas oleh DJI.

Produk-produk yang dihantar untuk dibaiki di Aonic, sebagai Pusat Servis Rasmi pertama di Malaysia, akan terus diberikan jaminan oleh DJI.

Selain itu, Aonic turut memperkenalkan DJI Mavic 3 Enterprise terbaharu dalam barisan produk DJI Enterprise.

Dengan slogan ‘Your Everyday Commercial Drone” (Dron Komersial Harian Anda), model terbaharu ini disasarkan untuk menjadi dron permulaan yang paling berpatutan untuk kegunaan industri.