Anwar Ibrahim Rakan Baik PKS

Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah terbukti sebagai rakan baik dan penyokong setia PKS, dan merupakan antara pembela PKS yang paling lantang bersuara semasa pandemik, di dalam dan di luar parlimen.

Anwar Ibrahim Rakan Baik PKS
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Pix Provided

SAMENTA mengucapkan tahniah kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah terbukti sebagai rakan baik dan penyokong setia PKS, dan merupakan antara pembela PKS yang paling lantang bersuara semasa pandemik, di dalam dan di luar parlimen.

DHL names Mihaela Isac as new CIO in Asia Pacific
She was an Associate Partner before moving to DHL Supply Chain IT North America as Senior Director Strategic IT Projects in 2019.

Dalam semua libat urus kami dengan beliau, beliau telah menekankan keperluan untuk PKS kami meningkatkan keupayaan kami dan bersedia untuk menyokong pemulihan ekonomi negara. Kami berharap sebagai Perdana Menteri, beliau akan terus menyokong kesemua 1 juta PKS di negara ini.

Untuk memacu pemulihan ekonomi negara pasca pandemik Covid-19, adalah penting kerajaan baharu mengutamakan tiga isu utama:

  1. Mengeluarkan Malaysia daripada perangkap negara membangun atau ‘middle income trap’ dengan memberi tumpuan kepada industri dan sektor di mana Malaysia mempunyai kelebihan, dan membina ekosistem PKS yang kukuh untuk menyokong sektor-sektor tersebut.
  2. Memperkenalkan tadbir urus yang baik dan amalan kawal selia yang baik (GRP) untuk membina semula keyakinan di kalangan pelabur asing dan domestik bahawa Malaysia adalah ekonomi berasaskan peraturan, telus, dan berintegriti.
  3. Mengimbang semula peranan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam menyokong pertumbuhan ekonomi kita dan agenda sosio-ekonomi untuk membela kumpulan terpinggir, tanpa menyekat persaingan.

Sebagai persatuan tertua dan terbesar di Malaysia untuk PKS, SAMENTA kekal komited untuk menyokong kerajaan dalam melindungi kepentingan kesemua 1 juta PKS kita, serta kemampanan ekonomi negara.