AICB Dan ABM Anjur Persidanan ESG Perbankan Malaysia

Meninjau Isu-isu Berkaitan ESG dengan Tumpuan Terhadap Perubahan Iklim dan Sektor Perbankan Malaysia

AICB Dan ABM Anjur Persidanan ESG Perbankan Malaysia

Kuala Lumpur: Persidangan Perbankan Malaysia kali pertama bertemakan “Memanfaatkan Perubahan: Menukarkan Momentum ESG kepada Tindakan” yang dianjurkan pada 12–13 September 2022 di Shangri-La Kuala Lumpur menampilkan perbincangan yang mendalam tentang tajuk-tajuk yang memberikan tumpuan terhadap perubahan iklim dan risiko di Malaysia, dan seterusnya memberikan penekanan terhadap isu, cabaran dan peluang yang berkaitan.

Dianjurkan secara bersama oleh AICB dan ABM, persidangan ini mewujudkan peluang untuk perbincangan yang tepat pada masanya dalam kalangan peneraju industri perbankan dan kewangan utama menerusi perbicangan dan pembentangan panel secara langsung.

Lebih 30 peneraju industri dan pakar kelestarian terkemuka daripada sektor perbankan, tenaga, minyak dan gas serta perladangan berkongsi pandangan, pengalaman dan pengetahuan mereka tentang inisiatif, strategi dan piawaian ESG (Alam Sekitar, Sosial Dan Tadbir Urus) untuk mengurangkan dengan berkesan impak negatif perubahan iklim dan melakukan peralihan yang sewajarnya kepada pelepasan karbon sifar bersih (net zero).

Tawau Food and Beverage Operators Association Presents MSCSPGA’s GEG Objections To MP Christina Liew
It is reported that, once this bill is implemented, the authorities are very likely to restrict the public sale of cigarettes by way of regulations.

ESG dan Kewangan Hijau

Pengerusi AICB Tan Sri Azman Hashim berkata, "Dalam merealisasikan aspirasi ESG kita, terdapat keperluan yang mendesak untuk mempertingkatkan kapasiti dan kepakaran kita dalam kewangan hijau.

"Berikutan perbankan yang bertanggungjawab dan mampan kini menjadi masa hadapan, industri ini memerlukan tenaga kerja yang cekap dan berkemahiran tinggi yang menguasai bidang kewangan bertanggungjawab yang lebih meluas serta memahami matlamat etika dan sosial perbankan, yang jauh melangkaui pulangan kewangan."

Penyelesaiannya terletak pada peningkatan kemahiran (upskilling) dan latihan semula (reskilling) menerusi pendidikan dan latihan profesional, iaitu mandat teras AICB sebagai badan profesional bagi pegawai bank di Malaysia yang telah diperkukuh dalam Pelan Sektor Kewangan 2022 – 2026.

Adalah penting bahawa setiap pengamal kewangan meningkatkan pengetahuan mereka tentang kewangan hijau dan kelestarian ke suatu tahap yang relevan dengan peranan dan organisasi mereka.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata sepertimana keupayaan kita untuk keluar daripada pandemik ini dengan selamat dan sistematik adalah penting, adalah mustahak juga untuk kita melakukan pembinaan semula dengan lebih baik dan kukuh.

"Inilah sebabnya mengapa sektor kewangan perlu mempertingkatkan usaha dan memainkan peranannya dalam agenda iklim dan kelestarian.

"Meskipun usaha-usaha yang sedang diambil oleh sektor kewangan dalam aspek ini adalah menggalakkan, termasuk melalui penawaran pelbagai penyelesaian kewangan yang mampan, dan bantuan kepada syarikat dalam proses peralihan mereka, hakikatnya banyak lagi usaha yang perlu dilaksanakan."